Followers

Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

Terima kasih kenangan 2011.. dan Selamat Datang 2012!!

Moga tahun baru ini memberi 1001 keistimewaan kepada semuaa..

Apa yang bakal berlaku nanti.. Pasti ada hikmahnya.. ^_^

*maybe Dalin ada kat Peneng.. Sambut new year..*
Assalamulaikum my sugar plumps readers!

Tadi baru je layan drama.. Vanilla Chocolate..

Apa kaitan dengan entry?

Sebab.. bila kita tu sayangkan seseorang tu, segala buruk.. keji.. hina dia kita terima dan buangkan ke tapi kan?

Tapi bila kita tak suka seseorang tu.. datanglah sebaik-baik manusia ke.. semulia malaikat.. satu kesalahan, akan dijadikan buah mulut..

Al kisah drama tu.. pemalas.. buruk..tak pandai.. tak senonoh bakal menantu tu.. Bakal keluarga mertua sayang gilaaa..

tapi bila seorang menantu tu buat baik.. nak ambil hati mertua.. belajar tinggi-tinggi.. pandai masak.. tapi dibenci!!

kenapa eh.. apa salah menantu yg nak ambil hati tu ek.. hurmm..

takut la pulak bila fikir nak kawin-kawin ni.. hidup orang sekeliling Dalin ni.. selama dalin kenal mereka.. satu je kisah mertua ni sayang menantu sangat-sangat.. yang lain? semua ngutuk menantu or mak mertua..

ada pulak mak mertua baik gila.. tp pi kutuk.. lepas tu bila dapat menantu.. pun dikutuk..  aish.. takutnyyaaa... boleh ke aku nak terima keluarga baru dalam hidop aku nantii?? erkk..
Assalamualaikum my sugar plumps readers..

Pasti semua dah tahu yang semalam tanggal 11.11.11 ada satu kemalangan ngeri membabitkan bas persiaran dengan lori pasir kan? Ye, semalam Dalin tengok berita.. tapi sekadar imbas lalu macam tu je.. sebab katanya  dari Kulim.. dan nama-nama mereka disebut seimbas lalu..

Tapi harini, Dalin tengok berita tengahari.. nama salah seorang mangsa korban disebut.. dan GAMBARnya dipaparkan.. Dalin macam, "Ni Cikgu aku!!" oh.. sedihnya.. sebak rasa.. Cikgu Siti Hajar Mohamed kembali ke rahmatullah.. Dia mengajar Dalin sivik, tahun 2008, masa tu Dalin form 4.. walaupun kejap je ngajar, tapi ada memori terindah sebab dia pernah sebut sesuatu yang sweet kat Dalin.. apedia tu, biarlah kenangan antara Dalin dengan cikgu Dalin ni..

Semoga Arwah cikgu ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.. Dia baik sangat.. peramah.. suka berceloteh.. waktu Dalin taip ni, tak henti-henti air mata tumpah... Tolong halalkan segala ilmu cikgu..
pepahamlah kan, bila mengajar sivik ni, banyak kearah jadi manusia.. cintakan keluarga.. negara..

harap readers semua sedekahkan Al-Fatihah buat cikgu Dalin ni..

SAYA RINDU CIKGU...
Assalamualaikum my sugar plumps readers!

kerana saya malas nak balas komen di ruangan komen tu, kita buat new post buley?

bebaru ni Dinding Kosong komen,  "lately ni selalu mimpi baby, kids."
maknanya kamu nak sesangat anakk.. hehehe...

Abang stalker pulok, penah mimpi gitu ke abang stalker?


Tapi kan.. sambungan dari entry INI, bila Dalin tengah tidur malam-malam, rasa kaki ni macam ada orang nak sentuh... uhuhuhuhuuu..
Assalamualaikum my sugar plumps readers..


Mimpi ini mainan tidur.. ada mimpi yang jadi mainan syaitan..  ada yang membawa maksud tersirat..


Jadi, sejak 2 menjak ni, kerap betul mimpi bayi/mengandung/menyusukan bayi sendiri/menyusukan anak orang lain.. dan sewaktu dengannya..


Nota:  Ai belom kawen.. still single.. tak pernah BUAT tuu..


Lalu terpaksa lah google.. tapi ada kecelaruan pasal mimpi ni.. Kalau ikut Ustaz Sharhan seorang  pengamal perubatan Islam.. Bermimpi bayi atau kanak2....selalunya mereka yang bermimpi kanak2 atau bayi ianya membawa maksud saka.  Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi...bermaksud saka itu cuba mendekati...cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya.  Kerana menurut Ustaz itu...ketika beliau mengubati orang yang mempunyai saka...10 dari mereka yang datang...8 darinya pernah didatangi kanak2 atau bayi di dalam mimpi.


Tapi bila di google lagi untuk dapat pendapat lain, ada yang kata petanda nak dapat rezeki melimpah ruah atau dapat kebaikkan.. tapi peratusan yang kata akan diganggu sihir/saka ni lagi banyak dari kebaikkan ni.. 


Jadi,sesiapa di sini tahu kes mimpi anak/bayi/mengandung etc ni? Ke pengalaman kawan/saudara? 

ketika aku mengingati engkau..
setiap detik.. setiap masa.. dalam lena dan jaga ku..
dalam doaku.. pada setiap detik kerja ku.. aku mengingati engkau..

pernakah kau juga begitu? pernah aku dalam hati engkau?

tak perlu lah jawab.. kerana aku sendiri tahu..
cuma kata-kata dari engkau sahaja aku nak dengar..
walaupun kau mengatakan sebaliknya.. walaupun kau nafikannya..
Assalamualaikum my sugar plumps readers!

Sekadar cerita pendek..

Suatu Hari ada iklan DSLR di tibi.. pastuh Dalin panggil 'ayah'.. pastuh juih mulut ke arah tibi..

Ayah tanya, "hang nak ke?"

terus Dalin terdiam.. 'betol ke n?' cakap dalam hati je la..

ayah tanya, "serious ke hang nak?" 'gluupp' tertelan air liur..

lepas tu Dalin terdiaaammm... heeee...

~Sekian maklum~

ayah betoi nak bagi ke ni???

*juih = tunjuk ke arah sesuautu guna bibir*
Assalamualaikum my sugar plumps readers..


First of all... thanks to my dearest friends.. yang support lin dari dulu sampai sekarang..
lepas ni, lagi lah susah benor nak update blog.. sebab sambung belajar... Diploma Sains, UiTM..
tapi Dalin takut sesangatt..

Sebab dulu Dalin matriks.. rasa susah yang amat..! belajar pi la sampai tak cukup tidor.. tak cukup makan.. ulang alik ke block pensyarah.. alhamdulillah.. dapat la tawaran ke Unimas.. tapi couse tu dalin tak minat..
dan Alhamdulillah dapat diploma Sains..

and yet.. Dalin still takut.. takut tak dapat cope.. Minta sangat Allah bantu Dalin..
so, sebab tu.. walaupun masuk bulan 11 ni, Dalin study sesiap.. untuk subject paling Dalin lemah..
iaitu...

jeng jeng jenggg..


Physics and Add Math!!  *lagu ngeri berkumandang*




okeyh abangs, lalinks, scandal semua.. Nak sambung kerja.. babai!
❤ Girl's Language :

If She Don't Text You :
- It's Because She's Waiting For You To Text Her

When She Walks Away From You Mad :
- Follow Her

When Shes Quiet :
- Ask Her What's Wrong

When She Ignores You :
- Give Her Your Attention

When She Pushes YOU AWAY :
- Pull Her BACK

When You See Her Crying :
- Wipe Her Tears & Ask What's Wrong

When She Says Go Away :
- Just Go Close To Her & Give Her Hug ❤


Miss you and Love you!!
Assalamualaikum my sugar plumps readers!!!

BLOG Dalin dah tak bengong.. boleh highlight lagi... Kecik BeSor pong boleh.. syukur!!
gambo pong boleh.. thanks err... google help!!!

Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

"memenangi hati orang adalah mudah, menyakiti hati orang adalah lebih mudah..dan insan sejati adalah yang menunaikan janjinya"

"Menyakiti hati manusia sekali, Allah membalas berganda-ganda"

PESANAN INI DIBAWA KHAS OLEH FACEBOOK UNTUK DIRI SENDIRI..

teehee..! ^^,
Assalamualaikum My Sugar Plumps readers!!


Okeyh.. NI Al-kisah cousin Dalin jual contact lens..

BRANDED FRESHLOOK SOFT CONTACT LENSE dengan harga yang paling murah berbanding dengan harga pasaran.. diameter : 14.5mm range power dari 0-1000 pelbagai warna untuk dipilih

FreshLook weyhhh.. Bukan brand pelik-pelik yang ada tulisan jepun, cina tu..

Sekarang ada promotion satu kotak Rm35, 3 kotak RM100..

DANNNNNN... include postage and lens case!! yep!! RM35 and RM100 tu including postage and case!!!

Murah dan berbaloi dari beli kat Kedai kan?

Nombot tepon cousin Dalin, 019 5164 185 (izzati)

Page STALL SAYA di Facebook!

Assalamualaikum My Sugar Plumps Readers!!!

Ini Dalin Kopi Pest Dari Fesbuk Fairuz Zainal AKA Dilarang Mempotong.

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Assalamualaikum my sugar plumps readers!


Dalin tiada hingga 5/09

Selamat Berhari raya semua!!

Moga semua readers sentiasa dalam keadaan sihat dan walafiat...
dan juga dalam kerahmatan, piliharaan Ilahi..

Amin..

Dalin sayang semua~!!!!

bubye..
Assalamualaikum My sugar plumps readers..!!

Pernah tak korang menipu?  *ek? tak penah? Jangan menipu dibulan posa..*
Tak pun korang yang ditipu..? *hamboii... ramai pula ngaku ye*

Baru-baru ni je Dalin terkena dengan aksi dibawah ni.. Enjoy!
 



Moral of the story.. Janganlah menipu.. Akan diketahui juga akhirnya..
Bikin malu je nanti kan? Bukan diri sendiri je yang malu.. Ibu bapak adik beradik pun terpalit sama..
Fikir-fikirkan sebelum membuat sesuatu tindakan..
Assalamualaikum my sugar plump readers..

Entry Dalin kali ni penuh serious dan berilmu sikit.. sikit ja pown.. kehkehkeh...

Al-kisah pasal adab.. Adab ni sentiasa di kaitkan dengan manusia kan?
Sebab itu lah sangat susah nak menjaga hati orang.. Macam Dalin.. kalau bersabar.. lama-lama peram, meletup juga.. Mula-mula buat tak endah je la.. Kalau nak keluar kenyataan Jujur.. akan menyakitkan hati orang lain kan? lebih-lebih lagi hati orang yang kita sayang.. plus, kita pula yang kena maki balik.. tak pasal-pasal je kan?

Kita manusia, dilahirkan dengan perasaan.. dan perasaan itu, cuma diri sendiri dan Allah yang tahu... betulkan?
Seperti contoh situasi ni.. sama tapi tidak serupa..

SITUASI PERTAMA
Sebenarnya Mak Senah *bukan nama sebenar* nak menderma kain baju untuk anak yatim.. Maka di perginya  ke kedai kain Euro Muda..
Maka berela-ela lah kain dibeli oleh Mak Senah.. Terserempak pula dengan Mak Cik Bedah sewaktu Mak Senah On the Way membawa kain-kain ke kereta.. Mak Senah hanya senyum dari jauh je..

Lepas Mak Senah pergi, Mak Cik Bedah terus call Kak Pe'ah, dengan dialog:

Mak Cik Bedah: Weh Pe'ah.. ko tahu tak tadi aku pergi kuarkan duit.. ala.. Bank CIMD.. sebelah tu kan
Euro Muda.. Ce teka ce teka aku jumpa sapa?

Kak Pe'ah: Saper yang Kak Bedah jumpa tu?

Mak Cik Bedah: Aku jumpa Senah oiii.. berpuluh kayu aku nampak dia angkut kain.. Duit tu dia dapat mana eh? Laki kerja kerani ja.. bla.. bla.. bla... Nombot ekor la tu.. ish.. tak kenal dosa pahala betul..!

Nampak?

SITUASI KEDUA
 ........... Maka berela-ela lah kain dibeli oleh Mak Senah.. Terserempak pula dengan Mak Cik Bedah sewaktu Mak Senah On the Way membawa kain-kain ke kereta..

Mak Cik Bedah: oiii.. Senah.. ape ko buat kat sini? banyak nya kainn.. Ko nak buat apa tu?

Mak Senah: alahai Bedah.. ada rezeki sikit, aku beli kain untuk anak-anak yatim.. dapat le diorang berbaju baru kan.. kesian aku tengok anak-anak yatim tu...

Maka habis ber 'hye hye bye bye', maka Mak Cik Bedah tepon Kak Pe'ah..

Mak Cik Bedah: Pe'ah oii..Lambatnya angkat tepon.. Sah ko membuta ja kan? dah pukul 2 ptg ni.. Tahu tak tak berasap telinga aku ni.. Si Senah menunjuk dia nak bagi kain ela untuk anak yatim... Ala.. kalau heboh-heboh.. tak ikhlas.. bukan dapat pahala...

Bagaimana?

Berbalik pada konsep.. Hanya Allah dan diri sendiri yang tahukan nawaitu kita? Mengapa kita perlu menghakimi orang lain? Sedangkan kita tak suka orang menghakimi diri kita sendiri?
Andainya Allah ciptakan perasaan kita untuk diketahui orang lain..


"Tiadalah peperangan.. Tiadalah perbalahan Tiadalah kesedihan" bahkan.. Andai diciptakan begitu, "wujudkah kita? Lahirkah kita? Akan adakah Hari Qiamat?" Sedangkan sudah dijanjikan Allah SWT Qiamat itu pasti.. dan kerana Allah tak pernah memungkiri janji-janji-Nya.. Mungkin tidak.. mengapa? Sewaktu Nabi Adam AS memakan buah larangan di taman syurga.. andainya Nabi Adam tahu agenda syaitan, adakah Baginda akan makan buah larangan itu? Akankah Nabi Adam AS diturunkan ke bumi..?
Itu lah yang selalu dikatakan.. *Allah has his own plan*

Beberapa situasi lain..

Perempuan bertudung : Eh.. Dia ni bertudung.. mesti cover baik.. ntah-ntah takde dara..
Perempuan tak bertudung: Sah-sah tak pakai tudung.. mesti jahat ni.. pergi clubbing.. layan laki.. eee..
Perepuan kahwin awal: Ada isi lettewww.. tak menyempat.. gatal.. eee.. geli aku..
Perempuan kahwin lambat: dah tua bangka tak kawin-kawin? Sah memilih sangat..
Orang anak ramai: eee.. tak menyempat-nyempat laki bini nie.. anak ramai.. sesak betul!
Orang anak sikit: sah nak jaga body letteww.. malas nak jaga anak ramai-ramai nie..

Jadi.. macam mana sepatutnya?

Hakikatnya.. Manusia tidak boleh menghakimi orang lain..


Karma.. What comes around.. Goes around.. Tidak kira lah kita menyakiti orang lain tanpa sedar atau dalam sedar.. Allah akan membalasnya.. Namun... balasan itu pun kita tak sedar bahawa ianya satu peringatan..
Orang tua-tua dahulu sering berpesan "sentiasa beringat.."


Thank you for reading~!! Sorry Boring sikit yea.. ~_~
Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

Aaa.. Di awal pagi tadi, Dalin buat list Fesbukers..
Loni Dalin nak buat entry perangai pelik Dalin...
Walaupun pelik.. tapi benar..
Yolah.. kita tak pernah face-to-face kan..
Tak boleh nak tengok aksi-aksi manja,mengada-ngada, gewdix dalin realife kan?

1)Abang?
   Ya Ampunnnn.. Kalau yang tua dari Dalin 10 thn beza.. memang takkan panggil Abang.. melainkan abang kandung sendiri.. Abang 'ehem2' pun tak panggil abang tauu.. bukan kurang ajo.. cuma tak biasa.. trauma.. huhu.. So, yang pangkat 40-an ja Dalin panggil Abang.. Kenapa tak panggil pak cik? Sebab ramai kata muka Dalin muka mak budak... haha.. selalu kena ayat sentaps..Lebih kurang macam NI LAH..
Jadi.. harap maaf ye kepada bekas-bekas Kekasih Dalin.. mahupun bakal-bakal kekasih ye..sbb takkan panggil abang! hahaha *blusing* 
2) Barang mahal??
   Huhuhu.. Pelis jangan kata Dalin ni mata duitan.. No.. No.. Koinsiden ja.. Kalau Dalin bershopping kan.. Saat mata Dalin terarah lalu jatoh cinta kepada kasut, baju, blender, langsir, make-up.. Mesti harga dia mahal.. harus salah kan siapa? Mata Dalin? Taste Dalin? atau pembuat barangan tu? "Yela.. barang cantik, harga pun cantik" No.. No..No.. *petik jari, lepas tu jari tunjuk bergoyang* Boleh je sekali sekala Mak atau aunties tunjuk atau bagi barang-barangans kat Dalin.. Cantik.. lawa.. kebaboomm !! tanya harga.. omaigod.. murah sungguhh.. takci kan??

3)Anak ayah??
   Ni bukanlah benda pelik pun.. cuma Dalin yang pelik bila ramai tak peluk2 ayah.. Lelaki yang halal paa.. Dari nak peluk boypren kan? *oops.. ada yang tersentap ke?* Dalin walau di mana berada.. tetap akan peluk manja-manja dengan ayah.. *rujuk kepada header blog ni* tak kira lah bershopping ke.. dalam kawasan sekolah ke *suatu ketika dahulu*, time duduk kolej ke.. bertandang rumah orang ke.. tetap harus okeyh... Sebab tu Dalin tak suka fikir pasal kawen.. sobs.. sobs.. knowing yang kita dah jarang boleh peluk ayah selalu.. sebab ada tanggungjawab lain.. sah time akad tu Dalin meraungg je.. huhu.. *over pulak*
Click untuk mendapat mata yang cantiks!

4) Kembang hidong??
    Yang ni memang ketara.. Bukan dari lahir azali hidung dah kembang.. perlakuan ini untuk suka-suka dan bagi orang lain annoyed... Terasa nikmat tau dak? Banyak angin masuk.. Banyak lah oksigen masuk.. makin sihat lah peparu dalin.. Lebih-lebih lagi kalau ramai yang puji.. fulamak... Kembang tak surut tau!! Tau-tau ada kapal serombong depan muka Dalin..

Click Untuk tumbersaran

Ada lagi sebenarnya perangai pelik-pelik Dalin..
tapi cukup-cukup lah..
Jatuh saham Dalin nanti.. 

Perangai pelik korang apa pulak?

Tenkiu!!

Bubye..
Assalamualaikum my sugar plumps readers!

~google~
Kadang-kala Dalin rasa tak syok je Fesbuk ni.. Macam-macam hal ado... Ada lah 2 3 perkara yang kadang-kadang membuatkan Dalin "sakit" dengan Fesbuk ni *walaupun hari-hari online!*
So, Dalin nak listkan perkara-pekara yang membuat Dalin rasa janggal dengan fesbuk.

1) Pasangan Paling Hebat Bercinta.
    Rasanya ramai yang tahukan apa yang Dalin nak coret kat sini.. Ce teka.. ce teka.. *Teeettt!!* masa dah tamat ye sugar plumps semua.. Facebookers yang tengah hangat bercinta mesti akan coretkan puisi dan puitis indah buat pasangan masing-masing.. Untuk membuktikan cinta korang yang sedang meletop itu.. Haruskah? Ye.. memang tak salah.. Tapi.. takda hubungan apa-apa, baru couple seminggu dua.. berjela-jela HOME dalin dengan "I lab you habi.. I want tu bi your lobely waif" dan sewaktu dengannya.. Ye la.. 'FB aku.. bukan FB ko..' tapi korang dah meng'add'kan kawan-kawan tu, consider la sikit.. kalau 1-2 kali dalam sehari, tu takpe lah.. tapi setiap 5 saat nak post cintan cintun..
Ape ko ingat ko sorang ada pakwe/makwe?? *oops.. teremosi lak*

2) Perli Facebookers lain
   Dalin rasa orang yang macam ni jenis yang tak boleh tengok orang bahagia langsung.. Ada je nak kondem pasal status orang lain.. Kalau dah tak suka.. tegur je lah.. kalau tak dilayan.. delete as friend sudah.. tak pasal-pasal dapat dosa keringkan?
Klik jika anda sayang mata anda!



3)Tag pada gambar yang tiada kena mengena
   Seriously.. Dalin sangat tak suka benda-benda macam ni.. Contoh yang paling ketara, "Dengan hanya online Facebook, anda mampu menjana RM1,000 dengan satu klik!" Lepas tu berpuluh ribu lah yang comment.. sekali Log In.. Mak aih! famousnya Dalin.. banyak sunggoh notification.. sekali buka.. err.. apa lagi. untag balik lah.. Grr!! *emosi lagi..*
Dengan hanya satu Klik anda mampu(s)!


4) Invite masuk Group tanpa kebenaran
    Omaigod.. Ini pun sama.. Lebih kurang macam nombot tiga tadi.. Tiba-tiba ada hamba Allah mana masukkan dalam group, "Kiteworang sokong Paula Sanders" *contoh*
Tahu-tahu je penuh notification... Tak boleh ke buat group yang berfaedah sikit? Group yang ajak bersedekah ke.. ajak membuat amal ke..?

Rasanya dah cukup lah setakat ni Dalin masukkan.. Lain-lain tu okey lagi..  Gambar muncung itik ke.. Gambar syok sendiri ke.. Itu Dalin tak kisah pun... ye la.. FB dia.. mesti la gambar dia.. takkan gambar orang lain pula kan? hihi.. *sebab Dalin pun banyak gambar SS!* Teeheee..

Thank you for reading!!

Bubyee...
Assalamualaikum my sugar plumps readers!!
Dalin nak bagi Kad Raya ni...
Kalau bertuah.. dalam tu Dalin selit sesuatu..
Mungkin bookmark..? Keychain??
ATAUPUN DUIT RAYA??

PM Dalin di Facebook Dalin sekarang!



ada 5 Ketol je lagi!!



*cececeeeyyy.. bajet macam ramai baca blog Dalin ek..*
Assalamualaikum My Sugar Plumps Readers!!

Picet Banner!!

Haaa.. syok sendiri kah?
Huhu.. sejak akhir ni Dalin rasa suram.. tak best je.. Nak nangis je.. Sobss.. sobs..
Nak hiburkan hati.. terus berfoya-foya!
Jadi ketika berfoya-foya walkblogging... terjumpa lah ini..
First Giveaway by Amalina Athman

GA ni disponsot olehhhhhh:


Taggingggg: 
Semua follower Dalin!
serta sesiapa yang melawat blog ni.. 



Moh le join GA ni!!!!

Assalamualaikum my sugarrrrr plump readers!!
Dalin masuk Satu Group di Facebook ni..

Help find the Rioters who beat, and then mugged this overseas student

They are also sympathise  to the victim..
and some of them said that they are ashamed to be called 'British'
but, I used to live in UK about 10 yrs ago..
Most of the Britsh ppl are so friendly and kind..
they would give free sweets and foods to the neigbours!
and also good-warm-delicious pie.. 
YES PIE!!
so, here are the picture of 20ppl that had beat up our student..
and I know Britain  wouldn't seat around and just do nothing!
Malaysia is one of the country that  is highly respected by UK.

 ape2pun, kita tunggu berita esok~!

Assalamualaikum my sugar plump readers~!!

Kenyang sahur tadi..?
patut ada lagi bau kari.. sambal tumis pun ada??
gi gosok gigi.. nanti opismate kata korang tak puasa..
tak pasal dapat dosa kering pitnah-pitnah ye dak..?

Berkaitan dengan tajuk Entry ni..
Dalin cilok time blogwalking...
singgah di BloG *CoRat CoReT CiK NoRa*
sebab musabab nya..
Opkos ada kaitan dengan Dalin..

Moh tengok ye~

Wanita yang suka memeluk bantal.
Wanita begini disifatkan sebagai seorang yang berjiwa seni. Mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang romantik, penyayang, mahu dikasihi dan halus jiwanya. Oleh sebab itu, wanita begini mudah didekati dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang langsing.

Wanita yang suka tidur dengan banyak bantal.
Wanita macam ni biasanya mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Mereka tak boleh hidup tanpa kehadiran rakan-rakan disekeliling. Sikap sukar berdikari ini kadang-kadang merimaskan lelaki.

Wanita yang gemar meletakkan bantal di kaki.
Wanita begini dikaitkan dengan wanita yang tidak suka berusaha dan tidak suka bergaul. Mereka suka hidup sendirian dan tidak suka membantu kawan yang dalam kesusahan. Disebabkan itulah mereka ni biasanya egoistik.

Wanita yang suka tidur dengan satu bantal.
Wanita begini biasanya bijak dalam membuat keputusan. Tindakan mereka selalunya dipengaruhi rasional dan bukan mengikut hawa nafsu.

Wanita yang gemar tidur tidak berbantal.
Wanita sebegini mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi sampaikan kadangkala membawa sifat ego. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi terlebih yakin dan memandang rendah akan orang lain.

~sebelah tu bantal busuk~
Gambar 2008
bantal ni masih wujud!
~sarung je lain, bau masih sama!~

yang di BESARkan ayat itu lah Dalin..

>.<
 
babai~

Assalamualaikum my sugar plump readers~!!!
Oke2.. 
chill.. relax2..
tarik napass.. hembus napas..
lepas tu PUSSHHH!!
*OKE, TERKELUAR TOPIK*

Auta je semata-mata sehidung-hidung dan juga sebibir-bibir..

takde musuh-musuh pun.. segmen je ni.. hehe..
kami baik je.. kan? kan?

Makasih bebanyaaaakkkkk buat Keroro
sebab beliau lah Dalin dengan Tea Dno bermusuh..
Harap-harap dapat mengeratkan hubungan sesama kita berdua..
tidak kira la musuh mahupun kawan.. sobsob.. *tacing jap*

 
JOM LE SINGGAH BLOG MUSUH DALIN NI..

Kelik SINI

Nota tambahan: thanx sebab sanggup terima Dalin sebagai musuh.. iskk.. iskk.. :'D

Happy Blogging semua~!
Assalmualaikum my sugar plump readers!!

Recently my dad..
Yes.. the handsome guy upthere (referring to my header)..
went to KL.. visiting his mOm aka my grandma...
plus we have so muccccchhhh fruits here.. from our orchard..
so he decided to sent some of those fruits to KL..

and he came backkk.. *jengjengjeng*
with this!!

 
beads.. beautiful colorful beads~!!!
Gift from my uncle aka my dad's youngest brother..
*actually I asked him to buy it for me first.. then I'll pay him later... but he said, 'no need'.. * 
mana tak sengih panjang kemaiinnn.. ^_______________^

Plus, he also gave this..
step by step how to make bracelets.. necklaces and earrings..

and this!! to make my job easy.. and it surely help alotttt...
 really.. ALLOOTTTT..!

After reading the instructions from the book..

tarraaa...
 I know.. 
it is not that glamorous and some of you can do it better than me..
but.. this is my first trial..
so.. I'm proud of myself..
big HUG for me Pleaseeeeee... 
*CLAP CLAP* 

 the reasons why I badly want the beads so much are...
  • dont wanna waste my time till this december LoL~
  • wanna try sumthin' new..
  • so I wont waste any money on accessories n'more..
  • I can wear it during this coming raya..
  • and I can also wear it on my trip to Taiwan this Nov~! 

 baibai~

MORE


 
Menitis air mata Dalin ikot cerita blogger-blogger lain..
Seorang blogger nama Kak Norma.. sakit.. 
Dalin dapat tahu dia ada brain tumor stage ke-empat..
setahun berkahwin.. dapat baby boy yang sangat comel..
Allah bagi dugaan yang maha Hebat...

Sama-sama kita berdoa Kak Norma kembali sihat..
Kak norma dapat main, jaga, membersarkan baby boy dia..
sama-sama menderma untuk Kak Norma..
Bantu Kak Norma serba serbi..
Alhamdulillah Kak Norma diberikan suami yang sangat baik..
Yang jaga Kak Norma sungguh-sungguh..
Kalau orang lain, dah lama tinggal kan?

Info Dalin ambil tru HERE and HERE

Lawa kan?
Kak Norma dengan baby boy
Ibu mana yang tak sedih bila tak dapat nak dukung, belai, mandikan anak sendiri?
Kak Norma tak pernah pinta jadi mcm ni..
Sentiasa ada teman disisinya..


Sesiapa nak menderma..

Bank : CIMB
Acc Number :01070068677528
Nama :Noormawati Mohd Rasif


Doa-doa orang yang ikhlas.. sentiasa dimakbulkan Allah..
Assalamualaikum my sugar plump readers~!


Di bulan yang mulia ini..

ada yang dah beli barang utk Syawal?
dah siap prepare baju raya?
sedondon dgn cik abang/adik ke?
hehehe.. Bagus lah kalau da siap..
setelah sebulan berpuasa.. ye dak?

Dalin nak ajak all of my readers baca sikit info ni..

Mengumpul Baju Melayu/Kurung Baru untuk Anak-Anak Yatim sempena Ramadhan/Syawal 1432
Pada tahun 2010 Team ini digerakan oleh sekumpulan rakan-rakan di laman sosial facebook bagi tujuan mengumpul baju Melayu/Kurung Baru untuk diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim menjelang Aidilfitri.

Pada tahun lepas kami berjaya mengumpul hampir 3,000 pasang baju baru dan berjaya mengagihkan kepada lebih 30 rumah anak yatim sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Bagi tahun ini (2011) kami sekali lagi merancang untuk tujuan yang sama bagi mengumpul baju-baju Melayu dan Kurung baru untuk diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim dan golongan yang memerlukannya. Kami juga bercadang untuk memperluaskan lagi agihan demi memberi peluang yang sama kepada anak-anak yatim dibanyak lagi rumah-rumah perlindungan di negara ini.
Panduan saiz baju
Kebanyakan anak-anak yang menghuni rumah-rumah anak yatim berumur antara 12 hingga 18 tahun dan panduan saiz juga boleh dibeli berdasarkan umur mereka.

Baju yang hendak dihantar hendaklah dibungkus mengikut set pasangan masing-masing. Setiap satu set baju Melayu hanya mengandungi sehelai baju dan seluar termasuk kutang baju melayu. Tidak perlu songkok dan sampin.

Bagi Baju Kurung juga begitu dan tidak perlu tudung atau koset.

Setiap satu set satu bungkusan dan hendaklah ditulis di sampul luar saiz bagi baju melayu/kurung atau anggaran umur si pemakai. Ini bagi membolehkan Urusetia mengenalpasti semasa hendak membuat pengagihan nanti.

Urusetia juga tidak sama sekali menerima WANG TUNAI, ini bagi mengelak salah faham dan bukan tujuan asal program ini. 

tidak meminta wang beribu jutaan ringgit pun.. cukuplah sekadar Baju Raya baru buat mereka~

Hantar ke alamat:
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Ahmad bin Sa'abun
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan
Tel: 016-2151192
 
segala makluma lanjut, KELIK HERE
 ada baju lebih tak? jom sama-sama membantu anak-anak Yatim..
sehelai baju buat menyapu air mata mereka..

~Mereka tak pinta pun lahir tanpa ibu tanpa bapa.. tanpa kasih sayang org tua mereka~
comelkan mereka?
 
 
percayalah dengan apa yang anda nampak~

Yes! Cik BLUEWENDY kita buat Express GA...

Kenapa begitu express umpama kete api PPPOOOOONNNN!! PPOOOOONN!! itu?
Sebab hanya dua hari je.. Kalau bertuah setuah HANG TUAH..
Moh le joinnnnnnn!! *menarik baju korang dgn kasar*
2 hari jeeeee...

Sambey makan sambai belacan cicah budu..
*time berbuka laa*

Boleh kenal-kenal dengan Cik BLUEWENDY kita nii..

Kelik Banner di atas untuk join~!!
Yang sedang baca ni anda otomatik di tag!!
~ramai sangat nak ditag.. takut ada yg kecik hati~
Wooot Wooot..!!
Hehehe.. rasa kelakar lak..  ^_^
Tahu kenapa?

aaa.. meh baca kt bawah ni..
JOM FOLLOW BLOG SAYA BERSAMA GARAM!

Haaa Syarat-syaratnya senang sangat. Copy Paste pun boleh.

#1 - Follow Blog Hafiz aka gegaramasinlah.blogspot.com. 
(tak perlu ganti pun sebab nanti sape nak join, boleh follow blog korang. : ) )

#2 - Buat post bertajuk Segmen | Jom Follow Blog Saya Bersama Garam!!

#3 - Copy header ni dan taruk pada post anda. taruk dekat side bar lagi bagus.. tapi tak wajib pun.. hehe..

#4 - Post anda mestilah bermula dengan perkataan Woot Wooot! dan berakhir dengan perkataan Selamat Pulang!! ^^ sebab tu trade mark blog haha

#5 - Tag sape dari mane korang dapat post ni.

#6 - Post kat komen saya supaya saya pun boleh follow korang.. hehe..

#7 - Post dekat group-group blogger kat facebook kalau rajin. huhu..

#8 - Settle!


Tag dari Inchek Hafiz sendirik sebab beliau terjah ke chatbox Dalin..
THANKKKKK YOUUUU!!!

Maka dengan ini..

Moh le join.. I polo you.. 
*terasa macam org DiGi lak, maklum le perut membesor lps sahur*

Okeyh!!

Selamat Pulang!!
Terpana ternganga mulut Dalin 5cm weyhh..!!

Nama pun Mega Giveaway..
Hadiah pun semega-meganyaaa!

Kembang kempis baca senarai hadiah-hadiah iteww..


Cara-caranya..
  • 1) Follow blog Yana dan juga Cik Putih 
  • Buat entry "Mega Giveaway by Yana & Cik Putih" 
  • Copy banner diatas dan linkkan ke entry ini 
  • Tag 3 orang rakan korang. Make sure tahu pasal Giveaway ni 
  • Like fan page Yana & Cik Putih *kalao sudi ye*
  •  WAJIB tinggal link entry korang di ruang komen   
  • Copy senarai sponsor dan pastikan ada dalam entry korang
Nak tahu siapa sponsor untuk GiveAway ni??
  • Scarf Sweethoney
  • Wirda Azurainie.
  • Droplet House *semua peserta tlg LIKE di ALBUM ni*
  • Lens Mania
  • Ayu-Raudhah Shawlstore
  • Nora Nabella
  • Applepinkbow
  • Syafeika Edora
  • pixel mania
  • Wan Hazel
  • Momo Chan Collection
  • NHL Colloection
  • Kei Seinchi
  • Sya Razali
  • Aimi Craft
  • Habibi Hamid
  • Shawl Az
  • Imann Abdul
  • Aan Boutique
  • KZ Nabihah Boutique
  • Ciktiqz Adamaya
  • Tri Fa 
  • Kittyshawls
Memang  Cantik Menarik Tertarik Kau Memang Da bomb kan? Siapa tak terujaaaaa?

Dalin nak tag..


and for sesaper yang terbaca and nak join..

Tarikh tutup dia on the 8th August 2011~!!


dan jangan risau akak adik abang pakcik makcik opah nenek jenab tipaahh semuaaa...

tak perlu nak bagi beras.. kuih.. gula percuma semua tu tak payah ye..

sebab pemilihan adalah melalui Random.Org

senangkan? tak pilih bulu.. rambut mahupun bulu kening..

Kamon bebeh! Jom ler join.. and Good Luck!!

*Minta la dapat.. puuhhffff.. fuaanngg!! ttuuhhh!!*

Aaa.. Ni Dalin takmau guna "Dalin"
Dalin nak guna 'Aku'..
Baru brutal seiring dengan tajukkan?

Aaa.. Aku blogwalking macam besa ar..
Apehel 'blogwalking'? tak gagah arr..

Ok.. 
Aku terjah blog orang len macam besar ar..
-Macho ak bunyik?-
Time terjah-terjah blog aku nampak ar pasal Cari-Cari Musuh ni..
Pergghh... Aku memang suka cari nahas! Cari musuh!
 
Jom pakat join cari Musuh weyhh!!

Kelik SINI

happy blogging dearest dearest semua!

*Nota kaki.. Dalin tak brutal pun*