Followers

Menjaga Hati orang sangat susah..

/
2 Comments
Assalamualaikum my sugar plump readers..

Entry Dalin kali ni penuh serious dan berilmu sikit.. sikit ja pown.. kehkehkeh...

Al-kisah pasal adab.. Adab ni sentiasa di kaitkan dengan manusia kan?
Sebab itu lah sangat susah nak menjaga hati orang.. Macam Dalin.. kalau bersabar.. lama-lama peram, meletup juga.. Mula-mula buat tak endah je la.. Kalau nak keluar kenyataan Jujur.. akan menyakitkan hati orang lain kan? lebih-lebih lagi hati orang yang kita sayang.. plus, kita pula yang kena maki balik.. tak pasal-pasal je kan?

Kita manusia, dilahirkan dengan perasaan.. dan perasaan itu, cuma diri sendiri dan Allah yang tahu... betulkan?
Seperti contoh situasi ni.. sama tapi tidak serupa..

SITUASI PERTAMA
Sebenarnya Mak Senah *bukan nama sebenar* nak menderma kain baju untuk anak yatim.. Maka di perginya  ke kedai kain Euro Muda..
Maka berela-ela lah kain dibeli oleh Mak Senah.. Terserempak pula dengan Mak Cik Bedah sewaktu Mak Senah On the Way membawa kain-kain ke kereta.. Mak Senah hanya senyum dari jauh je..

Lepas Mak Senah pergi, Mak Cik Bedah terus call Kak Pe'ah, dengan dialog:

Mak Cik Bedah: Weh Pe'ah.. ko tahu tak tadi aku pergi kuarkan duit.. ala.. Bank CIMD.. sebelah tu kan
Euro Muda.. Ce teka ce teka aku jumpa sapa?

Kak Pe'ah: Saper yang Kak Bedah jumpa tu?

Mak Cik Bedah: Aku jumpa Senah oiii.. berpuluh kayu aku nampak dia angkut kain.. Duit tu dia dapat mana eh? Laki kerja kerani ja.. bla.. bla.. bla... Nombot ekor la tu.. ish.. tak kenal dosa pahala betul..!

Nampak?

SITUASI KEDUA
 ........... Maka berela-ela lah kain dibeli oleh Mak Senah.. Terserempak pula dengan Mak Cik Bedah sewaktu Mak Senah On the Way membawa kain-kain ke kereta..

Mak Cik Bedah: oiii.. Senah.. ape ko buat kat sini? banyak nya kainn.. Ko nak buat apa tu?

Mak Senah: alahai Bedah.. ada rezeki sikit, aku beli kain untuk anak-anak yatim.. dapat le diorang berbaju baru kan.. kesian aku tengok anak-anak yatim tu...

Maka habis ber 'hye hye bye bye', maka Mak Cik Bedah tepon Kak Pe'ah..

Mak Cik Bedah: Pe'ah oii..Lambatnya angkat tepon.. Sah ko membuta ja kan? dah pukul 2 ptg ni.. Tahu tak tak berasap telinga aku ni.. Si Senah menunjuk dia nak bagi kain ela untuk anak yatim... Ala.. kalau heboh-heboh.. tak ikhlas.. bukan dapat pahala...

Bagaimana?

Berbalik pada konsep.. Hanya Allah dan diri sendiri yang tahukan nawaitu kita? Mengapa kita perlu menghakimi orang lain? Sedangkan kita tak suka orang menghakimi diri kita sendiri?
Andainya Allah ciptakan perasaan kita untuk diketahui orang lain..


"Tiadalah peperangan.. Tiadalah perbalahan Tiadalah kesedihan" bahkan.. Andai diciptakan begitu, "wujudkah kita? Lahirkah kita? Akan adakah Hari Qiamat?" Sedangkan sudah dijanjikan Allah SWT Qiamat itu pasti.. dan kerana Allah tak pernah memungkiri janji-janji-Nya.. Mungkin tidak.. mengapa? Sewaktu Nabi Adam AS memakan buah larangan di taman syurga.. andainya Nabi Adam tahu agenda syaitan, adakah Baginda akan makan buah larangan itu? Akankah Nabi Adam AS diturunkan ke bumi..?
Itu lah yang selalu dikatakan.. *Allah has his own plan*

Beberapa situasi lain..

Perempuan bertudung : Eh.. Dia ni bertudung.. mesti cover baik.. ntah-ntah takde dara..
Perempuan tak bertudung: Sah-sah tak pakai tudung.. mesti jahat ni.. pergi clubbing.. layan laki.. eee..
Perepuan kahwin awal: Ada isi lettewww.. tak menyempat.. gatal.. eee.. geli aku..
Perempuan kahwin lambat: dah tua bangka tak kawin-kawin? Sah memilih sangat..
Orang anak ramai: eee.. tak menyempat-nyempat laki bini nie.. anak ramai.. sesak betul!
Orang anak sikit: sah nak jaga body letteww.. malas nak jaga anak ramai-ramai nie..

Jadi.. macam mana sepatutnya?

Hakikatnya.. Manusia tidak boleh menghakimi orang lain..


Karma.. What comes around.. Goes around.. Tidak kira lah kita menyakiti orang lain tanpa sedar atau dalam sedar.. Allah akan membalasnya.. Namun... balasan itu pun kita tak sedar bahawa ianya satu peringatan..
Orang tua-tua dahulu sering berpesan "sentiasa beringat.."


Thank you for reading~!! Sorry Boring sikit yea.. ~_~


You may also like

2 comments :

tomatokering :) said...

betol3 .. semua ALLAH dah tetapkan .. pandainye dalin bagi ceramag ^^

hihi

EnciK AxixOu said...

org kate lau nk bersedekah tangan kanan menberi tangan kiri xnampak . k cm ne.pening gk nk ingt kate pepatah cepat2neh..hehehe