Followers

Assalamualaikum my sugar plumps readers..

Diet Atkins? Im off for awhile.. sebab titew adew quiz chemistry ecok.. titew nak minum nescafe ais.. nescafe o tadew gulew dah tak lut dgn badan titew.. (ayat gua macam nak mintak kaki and pelempang kan?)

tak padan dengan ada quiz, gua online update blog bagai boleh pulak..? err..

Dalin nak cerita ni.. Dalin taktau Dalin dalam kategori apa.. org tua perasan budak atau budak perasan mak-mak?

Have you ever heard of REBORN BABY DOLL? gugel sekarang! Ye.. seeeekkaaranggg... Now.. jangan scroll kebawah dah.. tapi sekarang jugak.. Ouh? Malas? emm.. FINE..

Video Reborn Baby

Pictures Of Reborn Baby

Nak tempek gambar tak dapek lah.. Internet connection Sangat Laju.. tu yang tak boleh nak sertakan gambar..

Dalin ni anak bongsu.. teringinn sangat nak adik kecik.. prefer lelaki.. baru balance 2 lelaki 2 perempuan.. kecik-kecik dulu punya la request kat mak.. without knowing that my mom already kena "ikat".. tua bangka sekolah menengah pun still mintak.. tapi adopt lah.. mak ayah macam nak.. tapi sebab mak ayah makin injak usia jangan sebut tua, sensitif! mak kesian nanti budak tu baru 10 tahun, mak ayah dah 60 lebih.. tak ke haruu? mak ayah takut juga masa depan nanti kami menidakkan dia dalam keluarga.. *who knows kan?*

Disebabkan teringin nak baby kecil dalam family, Alhamdulillah I'm pro with little babies.. dulu ada sepupu kecik dtg rumah.. mak dia ke mana tah, then dia yeyakk.. kengkonon feeling kembang hidung being a good kakak.. I pick him up.. undress him and wash him.. including celah-celah bontot! *kembang hidung bangge*
sekarang dia dah 12 tahun.. I was 9yrs old at that time..!

As I'm getting older, acah-acah mak untuk nak adik lagi... my mom would always reply, "tunggu lah anak dalin sendiri" hah! amekk kau.. I said to her, "mak.. kalau anak sendiri, masa dia nangis extream I have to take care of her.. if anak orang lain, I can just give to her/his parents back!! Im not ready yet.." then mak reply "Ask your big brother or big sister then!" mmm.. mmg impossibruuu lahh.. abang nak continue masters baru kawin.. kakak baru kerja.. err..

So, if by the time next year my siblings tak bagi baby kt Dalin.. I might consider a Reborn Babydoll for myself! ahaah! certain of friends kata i'm childlish.. certain said sifat keibuan mencanak dalam diri.. which one is it? Tapi mahal lah doll ni.. beribu ringgit.. baby betul free je.. free kau kata?? susu botol.. lampin.. nestum.. keperluan belajar.. bla..bla..blaa..

My best friend merangkap kak angkat dari ostolia kata creepy.. miahahah.. but I just love those doll.. sgt in detail.. sejibik.. baby kan adoreable.. mencairkan dihati dan minda.. kalau Dalin minta 3ribu henggat kat ayah sebab nak beli Reborn Doll ni agak2 kena penyepak tak dari ayah?? Miahahaha.. bazir je ko.. buat belanja uniberisiti pun lepas!
haaa.. boleh pun upload..! macam baby betol kannn
Benda alah ni bukan actually a toy.. kalau tak silap dalin untuk 10years old above.. main objective is mostly untuk ibu-ibu yang kematian baby tersayang.. ada juga yg jadikan hobby untuk kumpul.. kiranya collectable items la ni..

P/s:Kalau tetiba Dalin dapat mysterious kotak.. bukak-bukak ada doll reborn.. comfirm gua nangis terharu!

Assalamualaikum my sugar plumps readers..

Pheww.. About  months ago.. I did said that I will make lots of post during my semester break..

BUT..?

It just end up nothing.. as my babygurl Acer has to admit to the hospital during my final last semester.. they say it is because of the motherboard.. and it might cost RM400..!! (INSERT SHOCK FACE HERE) and I'm being a diploma student with no job.. (pls give me one!) I asked them to hold it.. days after days.. weeks after weeks.. getting near to new semester.. I called them to just continue repairing my babygurl.. *baiki dulu, duit pikir nanti*, so I called them to continue repairing Acer.. they checked my babygurl again.. and surprisingly my babygurl is OKEY! No need for RM400.. only RM30 to re-format it as my babygurl is running very slowwwww..

"Now I'm okey moomyy.. Dont worry," said my babygurl..

so.. the conclusion is.. er.. not a single post during my semester break.. boohoo!


*I might change my blog's layout*

Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

Eheh.. yang berkahwen tu malam jemahat ler.. yang belom tu jangan nak memandai yerrr...

Haaa.. yang single mingle macam Dalin ni.. kalau nak rehat rehat dari workout tu... dan nak reward kan diri.. jangan memandai nak CHEAT nahh.. macan kita tak tahu niat awak tueeww.. awww..

Selain berAtkins ni.. apa kata belailah diri.. buat mini spa.. cehh.. mini la sangat.. iols tempek mask je.. sejukkk.. memang relax.. selain badan makin cantik.. muka pun sama kan... phasa berketosis ni muka naik jerawat banyakk.. jom.. jom!!

Mak aihhh.. Dalin sendiri tekejut lepas view postt
Assalamualaikum my sugar plump readers!

Seriously dah lama tak masuk sini.. dan Dalin sangat terkejut bila jumlah follower bertambah sedikit..
bila nak tengok approval comments, banyak komen yang buat Dalin tersenyum.. Ramai yang membaca blog Dalin sebab Diet Atkins.. Syukur Alhamdulillah...

Harap pembaca semua dapat manafaat yang bagus dari blog ini.. Malangnya Dalin tak dapat nak berblog dan post benda baru berkaitan Diet Atkins ni.. Bagi yang tak tahu, Dalin adalah pelajar universiti.. waktu cuti semester aje lah yang free nak hapdet blog.. itu pun kalau Streamyx kat rumah ni sihat walafiat..

Ada jugak readers yang contact dalin melalui whatsapp.. Kalau Dalin sempat, InsyaAllah Dalin balas.. kalau tak balas tu, harap maaf ye sayangs semua.. ini adalah disebabkaaaaaannnnn..


All of your comments Dalin baca satu persatu.. tapi balasnya idak lagii.. huhu.. mahaaaappp.. ni pun Dalin secara haram tak berapa haram update.. tak padan dengan esok ada test BIOLOGY..

Thank you very much..

p/s: bagi sesiapa yang nak tahu apa itu DIET ATKINS, click SINI


Assalamualaikum my sugar plumps readers..

Haaa.. Comfirm-comfirm ini salah satu kata-kata yang tersemat dari hati kecil anda..
Kadang-kadang tersemat di hati kecil ku juga..

Yang menguruskan badan adalah pemakanan..
Yang membentukkan badan adalah senaman..

Kot sesaper nak buat transformasi badan macam ni ke..

khan sedap mata memandang.. aww..
Tak salah nak berangan macam ni.. kot takut orang perli, kita angan-angan seorang diri sudah..
Dalin terjumpa satu exercise yang semalas-malas hamba manusia boleh buat.. haaa.. Simple tapi ada hazab sikit.. alaa.. sikit jerr.. Memang ada kesan dalam mengurangkan inch badan.. Sebab ia tanggung beban berat badan kita.. Ia fokus pada kawasan perut,pinggang, paha dan lengan... nak tahu apa dia?

....
...
...
...
...
..
..
..
(Scroll Lagi!)
...
...
...
....
....
...
...
(Exercise jari anda!)
..
..
..
....
...
..
..
namanya adalah..
..
...
..
PLANKING!

Pastikan anda berada dalam posisi seperti gambar di atas.. tak perlu bergerak.. tak perlu ke atas ke bawah.. biarkan statik dalam kedudukan ini..

Berapa lama???

Selama mana anda mampu bertahan!
Sebagusnya 2 minit satu sesi.. satu sesi di waktu pagi, satu sesi di waktu tengahri dan sekali pada waktu malam juga..

"hok aloh Dalin.. aku jogging pun satu jam.. apa barang 2 minit.. phuihh"

Dalin pun jawab, "belum cuba belum tahu, dah cuba jatuh cinta!! haaa.. giteww.."

Tapi bila anda diet atkins ni, hormone rajin anda akan mencanak naik dalam badan.. disebabkan Ketosis yang berlaku dalam badan.. Dalin masih samar-samar lagi dengan statement ini.. masih dalam kajian, tp memang terbukti bila ramai  members KDA mengakuinya..

Maka dengan itu, rajin-rajinkanlah untuk buat senaman selain planking ini..

Nak tengok aktiviti apa yang bakarkan kalori anda?

tekan 


Selamat Membaca!!

Apa itu Diet Atkins? Sila tekan link di bawah.

Bagaimana nak mula Diet Atkins? Sila tekan link di bawah.

Saya selalu kantoi/cheat/kelaut, takpe ke? Sila tekan link di bawah.

Saya dah tak tahu nak makan apa sewaktu Induction! Sila tekan link di bawah.

Saya Nak Berpuasa, tetapi nak amalkan Atkins. Sila tekan link di bawah
Berpuasa Sambil Diet Atkins

Saya dah tahu Phasa Pertama, apakah Phasa kedua? Sila tekan link di bawah
Phasa Kedua (OnGoing Weight Loss) Dalam Atkins


I'll be back!
Assalamualaikum my sugar plumps readers!

Sihat? Makan apa hari ni...?

Haa.. Mostly members Atkins ni akan makan telur je bila datang waktu 'RAJIN' tu..
Jangan tipu sunat lah.. Dalin sendiri pun tahu... Sebab Dalin pun sama.. haha..

Jumpa A, A kata telur bahaya.. Jumpa B, kata telur bahaya.. Jumpa C,D,E,G pun sama? Diorang tahu mana? dengar or kajian? Haaaa.. Jumpa Nur Dalina, dia kata tak bahaya.. macam mana tu?

Makanan yang tinggi kolesterol meningkatkan kolesterol dalam darah. Maka saluran darah boleh tersumbat. Alaa.. ingat tak masa tunggu nak masuk jumpa doktor, depan dinding lekat poster kolesterol tersumbat tuu...





Sebab tu lah doktor menasihati untuk kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi. Realitinya, majoriti

 kolesterol yang ada dalam darah kita dihasilkan dalam hati kita dan hanya 25% kolesterol yang diserap dari pemakanan kita.

 Tapi ia tak bermakna anda boleh makan makanan seperti INI.





dan INI




cantik tertarik kau memang DeBab kan.. fuhhh..




Dalin nak bercakap soal TELUR.. TELUR.. LUR.. Lur..lur.. lurr *echo*







Kerana lazimnya Diet Atkins tak dapat dipisahkan dengan telur.. Jangan confius, Diet Atkins bukannya Diet Telur.. Tapi kerana telur tak perlu diletakkan perasa tambahan seperti rempah ratus, pati ayam/ikan bilis seperti mana kita masak ayam goreng, ayam panggang, sup telur, daging panggang kan? Nak ke korang makan ayam rebus kosong? Pendek kata, *panjang tak kata apa-apa lagi* telur ni mudah dan efisyen.. kandungan carbs pula dalam 0g hingga 0.6g carbs.. Lebih elok beli yang sepapan tu, kerana yang nutriXXX, yang omega XXX tu carbs nya lebih tinggi!





Walaupun kuning telur, mengandungi banyak kolesterol, tetapi mereka juga adalah kaya dengan nutrien penting yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, seperti vitamin D dan B12, riboflavin dan folat. Udang dan udang galah, juga terkenal dengan kandungan kolesterol yang tinggi, boleh jadikan jantung sihat kerana Omega-3 asid lemak dan kaya dengan selenium dan vitamin B12. 

Yang kedua pula, ramai mengatakan untuk ELAK makanan yang ada lemak tepu, kerana peningkatan kolesterol dalam badan anda. Ia adalah betul, bagi mereka yang mengambil karbohidrat dengan jumlah yang banyak..! Kerana  badan akan membakar karbohidrat sahaja dalam makanan yang berkarbohidrat+lemak seperti nasi goreng, nasi lemak, roti canai, pizza dan lain-lain, maka, lemak tetap disimpan sebagai aksesori badan (drumstick, sayap, spare tyres)

TETAPI, dalam sebuah kajian mengenai Low Carbs Diet (Diet Rendah Karbohidrat), kajian yang dilakukan ke atas orang yang membuat Atkins telah menunjukkan bahawa diet yang mengandungi lemak tepu boleh mempunyai kesan positif ke atas profil kolesterol mereka. Ini adalah kerana badan kita membakar LEMAK. Di ulangi.. Membakar lemakkkkkk.. Aksesori lebihan badan akan digunakan sebagai bahan bakar.

Berdasarkan kajian ke atas "Low Carbs Diet"

• lemak yang tidak tepu datang dari ikan, buah zaitun, kacang dan sayur-sayuran yang lebih rendah kolesterol LDL ("buruk") dan meningkatkan HDL ("baik") kolesterol.


• Mengawal karbohidrat mengurangkan trigliserida, sejenis ketiga lipid (lemak), yang merupakan faktor risiko bebas untuk penyakit jantung.


• Lemak tepu, yang datang terutamanya daripada produk haiwan, boleh meningkatkan kedua-dua HDL dan kolesterol LDL, tetapi dalam konteks diet rendah karbohidrat, kesan ke atas paras kolesterol adalah positif.

Lemak trans

 b
uatan manusia (majerin, fries, nugget, burger, keropok, kerepek, dan makanan dibungkus) mengandungi kolesterol LDL yang tinggi tapi HDL yang rendah.





Apa yang penting adalah pengambilan diet yang padat dengan nutrient, dan mengekalkan gaya hidup aktif adalah perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk memastikan tahap kolesterol dalam keadaan baik.
Jangan la buat atkins baru seminggu, check kolesterol naik marah pula kat Dalin. Bagi masa pada badan, buat diet Atkins sekurang-kurangnya 3 bulan baru check. Jangan lupa check untuk HDL dan LDL sekali.


Masih ragu-ragu mengenai kolesterol dalam Atkins..? Boleh baca di sini, http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/fats.html; accessed April 19, 2005. 2. Vernon, M.C., Kueser, B., Transue, M., et al., “Clinical Experience of a Carbohydrate-Restricted Diet for the Metabolic Syndrome.” Metabolic Syndrome and Related Disorders, 2(3), 2004, pages 180-186. 3. Boden, G., Sargrad, K., Homko, C., et al., “Effect of a Low-Carbohydrate Diet on Appetite, Blood Glucose Levels, and Insulin Resistance


dan.. Nahhh.. untuk tatapan dan semangat..
tak banyak pun.. tapi turun juga kan? :)

I'll Be Back!

psst.. dah tahu mengenai fakta kolesterol dan Atkins, tak bermakna ada boleh lahap makan makanan berminyak begitu saja.. setiap perkara kita perlu bersederhana.. okey?

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html

Assalamualaikum my sugar plumps readers!!
Nak tahu berapa calori kau bakau selama sejam dengan aktiviti seharian?
Moh le tengok di bawahhh..


Type of Exercise Calories/hour 

BELOW 100

Sleeping 55 
Eating 85
Sewing 85 
Knitting 85 
Sitting 85 

MORE THAN 100

Standing 100 
Driving 110 
Office Work 140 
Housework, moderate 160+ 
Golf, with trolley 180 
Golf, without trolley 240 
Gardening, planting 250 Dancing, 
ballroom 260 
Walking, 3mph 280 
Table Tennis 290 
Gardening, hoeing etc. 350 
Tennis 350+ 

MORE THAN 400

Water Aerobics 400 
Skating/blading 420+ 
Dancing, aerobic 420+ 
Aerobics 450+ 
Bicycling, moderate 450+ 
Jogging, 5mph 500 Gardening, 
digging 500 
Swimming, active 500+ 
Cross country ski machine 500+ 
 Hiking 500+ 
Step Aerobics 550+ 
Rowing 550+ 
Power Walking 600+ 
Cycling, studio 650 
Squash 650+ 
Skipping with rope 700+ 
Running 700+

Yang Dalin bold+italic adalah activiti yg Dalin dok buat.. hehehe.. Alhamdulillah...
Assalamualaikum my sugar plumps readers!

Al-kisah Dalin dengar masalah orang yang berkahwin ni.. Kebanyakkan pasangan suami isteri ni akan naik sikit badan diorang.. lagi-lagi kaum hawa yang dah lalui process kembang kuncup kembang kuncup mengandung lahirkan anak..

So Dalin ada dengar beberapa kisah suami isteri ni.. Semasa isteri nya cantik, slim dan bergaya asyik la nak ajak berjalan.. siap pegang tangan pegang pinggang lagi.. bila isteri dah kembang.. anak berderet.. jalan laju tinggal isteri di belakang.. padahal si suami tu pun gendut.. tak hensem dah.. bila si isteri badan naik, dah 'taknak', selalu tegur isteri suruh kurus.. padahal si suami tu??

Ayaa.. Naik seram pula Dalin bila dapat tahu kisah-kisah ni..

Dalin sendiri pun.. orang buat derk.. orang benci..ye la.. sebab gemuk kan.. hahaha.. apa la nasib.. tapi ada hikmah nya Dalin belajar dari pengalaman sendiri.. Dont judge the book by its cover..


Assalamualaikum my sugar plumps readers!! :)



Assalamualaikum my sugar plumps readers..

What goes around, comes around.. Pernah dengar kan?

Buat pada orang, Allah akan bayar cash.. Tetapi ramai menafikan.. termasuk diri ini sendiri..

Ramai yang memujuk diri sendiri, bila kena 'musibah', memikirkan bahawa ini lah ujian dari Allah swt..

Memang benar ia adalah ujian.. ujian untk kembali tengok pada diri sendiri.. ada buat jahat pada orang tak?

Ada lukakan hati orang tak? Ada buat fitnah pada seseorang yang kita sendiri tak tahu cerita tak?

Setkan minda, bila kena 'musibah', ada tak yang aku lukakan sesiapa sebelum ini?



I'm trying my hard to set this kind of thing in my brain.. dah memang ini cara masyarakat kita berfikirkan.. Baru-baru ini tengok Wanita Hari Ini.. mengenai Perbalahan suami isteri kemedian berbaik semula.. *lupa pula tajuk dia*
Pakar motivasi masa itu kata, "kerana diri sendiri merasakan diri kita hebat dari orang lain.." Pendapat kita lebih hebat dari orang lain.. kerja kita lebih hebat dari orang lain.. *Pappp!!* Terasa terkena tamparan pada muka..Memang Dalin akui benda ni..  lagi-lagi bila bergaul dengan students di tempat Dalin belajar.. Dah la rasa diri hebat dari orang lain.. ego untuk nak minta maaf tu pulak ke laut kan..

I'm trying my best to be the new me.. Inside Out..  This post takde kaitan dengan manusia-manusia di luar sana.. cuma manusia yang menulis ni je.. hahaha.. I've been in that situation, and I've seen that situation.. Saya buat pada orang, orang buat balik pada saya.. Saya tengok A buat pada B, CDEFGHI.... buat pada A..

Dalin,

Be a good girl.. even though you cannot pleased everybody.. remember that everybody also cannot pleased you.. Just try your best to grab the chance.. ^_^




Assalamualaikum wbt my sugar plumps readers..

Ye.. Dalin ni asyik nak nangis je kan... Haha..
Gara-gara mak Dalin lah.. Dia pergi ke rumah kakaknya di kulim..
Maka tugas suri rumah tu jatuh pada diri ini.. selama mak ada, dalin cuma buat sikit-sikit, tolong yang patut..

Ayah Dalin pulak jenis suka makan di rumah.. hehe.. Bukan malas Dalin nak masak.. cuma bila ada mak, dia akan masak main dishes.. yang sampingan macam goreng-goreng ikan/ayam atau sayur-mayur tu Dalin akan buat.. haha.. so bayangkan..? Letih oo.. dapur pula mengadap matahari teriks.. Teringat terus kat mak.. Buat pulak semalam Hari Ibu.. haaa... memang tersentapss lah.. Nasi semalam ada lebih, ayah request buatkan nasi goreng.. Maka pagi ini bangun pukul 4 pagi.. sebab nak masak untuk sahur sendiri.. buat Keropok Lekor Atkins Style..

Itu baru bab masak, belum bab kemas rumah.. kalau ada anak kecil lagi.. fuh.. fuh..fuh..

Dalin tak rasa Dalin akan kawin awal! hahaha..
Pernah luahkan pada mak pasal rutin seorang ibu dan isteri ni.. Mak kata, bila kita kahwin dengan orang yang kita cinta nanti, ada anak sendiri... automatik badan akan rajin.. takkan nak suruh keluarga makan 'racun' di kedai luar? takkan nak anak-anak berlapar kan..

Tapi buat masa ni.. tiada plan untuk ke arah itu.. haha..
Assalamualaikum my sugar plumps readers!

Sekian..

I'll Be Back!
Assalamualaikum to my self..

I'm having my own crisis.. about.. er.. Life?
I opened my email just now.. reading one by one mails I received around 2008-2009..
I was quite dumb and stupid back then.. Really I was!!

I am.. still.. dumb and stupid right now.. feeling damn not right..
worthless..! huuuu..

Emotional and women cant be separate tho..
having my PMS? naahh... I just had it about 2 weeks ago... pregnant? Ahaha..How?? *if u know what I mean* 

Is that normal? or is it because of the first D in my whole life? huhu.. I can see the frustration in my mom's eyes.. the D the had just ruin my result.. A,A,A,A,A anddddd D!  My dad as usual, giving me support and motivation.. with a little bit of "beletiaq" but not so much as mom's.

seriously I'm feeling like a loser right now.. phew.. Letting everyone down..

Is it because i'm all alone now? currently, my mom and dad are in KL.. to our 2nd house.. they'll be back tomorrow or the day after..
and my siblings are now in penang.. as they are working in penang..

huaaaa... :'(

Assalamualaikum..
Ini sekadar luahan rasa dalam blog..

I was blogwalking di blog Hanis Zalikha yang sgt comel dan cantik tu... tiba-tiba terjengah ke post ini.. http://inibelogsaya.blogspot.com/2012/12/room-makeover.html

Ringkasan cerita.. ia berkaitan dengan Hanis Zalikha berkunjung ke Rumah Anak Yatim.. Pergi lah jengah ke post ini.. I wish to be like her when my time comes.. InsyaAllah.. Amin..
Assalamualaikum my sugar plumps readers..

Loni bila dok tengok tivi, tengok kawan, tengok sedare terigin bebenor banyak perkaraaa..


Contohnya.. (18SX sikit!)

ni aku kutip dari Gentlemen's Dignity
Takde 18sx sangat pon.. nak pakwe untuk bermanja gitew.. hahaha.. *malu malu* 
Untuk dijadikan tempat luah masalah.. tempat nak bergaduh.. tempat nak pau duit dan hadiah.. tempat nak dijadikan juri masakan aku.. tempat aku nak nangis bersama.. tempat aku nak bergelak bersama.. 

cop! cop! Tapi nak bagi komitment pun sama.. Kena bahagi masa untuk dia dan belajar pun sama.. Nak kena jaga hati dia, tak boleh pentingkan diri.. nak kena fahami dia dgn kerja@studies dia.. bukan setakat dia yang kena fahami kita.. kan.. Dah le kaum perempuan ni banyak emotion sebanyak emoticons di Facebook tu ye dak.. kejap gumbira.. kejap sedih.. kejap terloncat.. kejap bergolek.. Tak ke kesian pada si dia bila kita tak bersedia lagi? Mostly nak bercouple sebab orang sekeliling bercouple.. lagi-lagi drama korea tunjuk sweet moment kan.. kan..? *aku ler tu*   ~.~"

Semakfon yang menyemak ruangan iklan di mana jua anda berada..


Tak manusia lah korang bila korang tak terhingin brand new phones kan..

Aku pom teringin.. teringin giler.. bila buat puppy eyes pada ayah, ayah hanya memberi gelengan lembut.. hukhuk.. orang lain semua ada apps segala benda.. tunggu makwe bersiap sejam pun tak terasa bila ada banyak games dalam semakphone tuh.. silap-silap boyprend tu call makwe dia suruh siap lagi 2jam!
Aku ni student je.. tak pinjam Ptptn atau dari Ah Long, mahupun sesiapa yang bergelar Along atau pun yang duduk di jalan Long Jaafar.. *apekah?*

Tapi aku sangat berasa pelik bin ajaib.. kebanyakkan kenalan aku semua ada semakphone yang sangat ler haptudet..sorry for saying this.. tapi mereka-mereka ini adalah yang datang dari golongan agak susah.. bayar yuran pengajian pun rm100-rm200 murah dari aku kena bayar.. tapi.. tapi.. *nangis kejap* aku mampu tengok je la..

Tak perempuan kan kalau tak minat shopping.. tapi sebagai students, aku takde masa dan takde duit untuk benda benda macam ni... tapi nafsu aku teringggiiin sangat... huaa... *tangisan berkumandang*

Tapi as usual, ayah aku akan datang pujuk.. "ape kelas beli barangan yang bukan beli dari duit kita.. Tunggu kerja nanti.. Dapat gaji, beli lah puas-puas.. barulah ada kepuasan membeli tu" okey lah.. terpujuk sikit di situ.. Since that, kecemburuan aku terhadap orang sekeliling, aku salurkan pada pelajaran aku.. pelajaran aku dapat realisasikan impian aku ni.. InsyaAllah.. mudah-mudahan..

Muahahaha.. banyak gila aku melalot.. okey lah... chow duluuuu..

I'll be Back!!
Assalamualaikum my sugar plump readers..

Result diploma uitm sudah keluar.. Alhamdulillah.. tapi masih sedih..
Semester lepas tak bersungguh pun.. ada dua killer subject.. Calculus 2 and Physics..
Memang dari sekolah Dalin tak suka subject ni.. hazab weyhh..

Dapat result through email..

baca list subjects..
1)............................A
2)............................B
3)............................A
4)............................A
5)............................A
6)............................D

D! huhuhu.. Dddddddddddddddddddddddd... ye.. D untuk Dalina! calculus 2, D untuk Dalinaaa..

phew.. sila tabahkan diri wahai Dalin.. takpe lah... salah diri sendiri.. padan muka jugakk.. isk3..

kabur dah mata ni tak nampak keyboard.. ok  lah.. dalin masuk tidur dulu yee.. karang nak bangun sahur pulak.. bubye..

                         
Assalamualaikum my sugar plump readers!

Alhamdulillah.. ini hari pertama Dalin berpuasa sunat.. bukan puasa biasa.. kira special juga, sebab Dalin sertakan dengan Diet Atkins! Ini bukan Puasa Ganti.. bukan Puasa Nazar.. sekadar puasa biasa.. boleh dikatakan puasa sunat lah kot, walapun hari Selasa.. sebab takkan nak niat "kerana aku nak kurus" kan? lapar? letih? dahaga? penat? Alhamdulillah itu semua tidak berlaku.. Dalin jenis kalau nak buat sesuatu, Dalin kaji dulu...Macam awal-awal Dalin kenal diet Atkins dari SINI, Dalin kaji dan baca dulu.. baca blog dia dari awal sampai habis.. lepas tu baru kenal Kelab Diet Atkins di FB dan blog Taknakgemuk.com.

Maka nasihat yang diberi oleh sifu saya, dari Kelab Diet Atkins ni, bangun awal untuk bersahur sebab anda perlu minum banyak air! lebih dari 1L.. Masa sahur pertama saya, saya minum air 1.8L air.. lepas tu saya makan egg rolls untuk sahur.. ala-ala kuih ketayap.. cuma kulitnya dari telur dadar, dan inti nya dari tuna, chicken slices.. sedapp! perghh..

Tips Berpuasa sambil Berdiet Atkins.

  • Masa sahur minum 1L lebih air
  • Kena makan untuk nak bagi tenaga kerana kita tak makan nasi/mee/meehun
  • Ambil supplement multivitamins
  • Ambil Psyllium Husk
  • Selain itu saya minum green tea juga untuk antioxidant dan mudah berry... ahaks!
  • Berseronok lah ketika berpuasa!
    Cameron Valley Tea, but imported from China
ini lah ghuper Psyllium Husk

Assalamualaikum my sugar plumps readers..

Dalin teringin nak cuba untuk berDA sambil berpuasa ni..
Niat bukan untuk nak cepat kurus, tapi niat untuk nak selesakan diri dan buat penyediaan rapi untuk bulan Ramadhan.. dan ini adalah puasa sunat.. puasa ganti dah ganti sesiap.. :)
Cuma sekarang ni Dalin ABC.. so, sementara nak habis, Dalin nak kutip segala ilmu untuk puasa ni..

dan Dalin boleh kongsi pengalaman Dalin ni.. harap memudahkan Dalin bila masuk bulan Ramadhan nanti..
Tips yang Dalin baru dapat, time sahur memang kena makan, bahkan WAJIB... sebab kita buat diet atkins, time berbuka takde nya nak bantai semua makanan yang teringin ni.. dan kena bangun awal dari biasa sebab perlu habis kan air kosong sebanyak 1L.. huhu..

dan kalau nak  lebih sihat, memang kena buat exercise.. walaupun berpuasa, tp niat Dalin nak pelahan-pelahan dulu, taknak lah start puasa terus exercise aggressively..

nanti bila Dalin start buat, Dalin gtaw semua pembaca dan peminat Atkins yer!! :)

byebye.. muahmuah!!

I'll Be Back!

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)
Assalamualaikum my sugar plumps readers..

ihsan: google

Entry nih takdak ketan ngan diet atkins.. *tudia.. bahasa kedah* 
Dok tengok kat celah celah fesbuk tu.. ramai bebenor couple sana sini.. hat paling advance budak sekolah lah.. dok "mami dedi/papa mama/bebi hani"

Adakah bercinta/couple itu satu keperluan? Atau satu kepuasan? uih.. jangan dok pikiaq puas lain ooii.. merbahaya.. 

Bila Dalin muda mudi dulu, orang lain ada boiprend, kita pun teringin.. sebelum dok couple ni, boleh dikatakan cemerlang jugak lah result Dalin.. lepas tu? *er.. nangis jap* paham-paham la ye..
Tapi tak tahan oo.. mamat tu kuat jealous.. dengan abang Dalin sendiri pun jeles.. kejap-kejap nak break, kejap nak break.. so memang break sungguh..! malas nak couple-couple..So, lepas tu result alhamdulillah gempak balik.

Lepas belajar matrik, ada sorang mamat ni, memang paling hensem antara yang semua boiprend pernah ada.. macam pelakon Ezany versi kurus sikit.. eh banyakk..tapi lama-lama dia cari orang lain yang sekurus dengan beliau.. haha.. lantak lah..

alahai.. lambat lagi pun nak mengorak langkah.. masa depan diri sendiri pun tak lepaih lagi.. :)

itu je lah.. luahan hati.. tengok bebudak ramai sangat couple..

P/s: ke sebab Dalin makin tua? huhu..
I'll Be Back!


Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

Harap ramai yang dah faham pasal phasa pertama dalam Diet Atkins, iaitu induction.. di SINI untuk penerangan lebih lanjut.. Kali ni dalin nak cerita pasal phasa kedua dalam induction.. iaitu OWL.. Ongoing Weight Loss.. Macam mana kita nak tahu badan dah sesuai injak ke phasa kedua?

Anda layak ke phasa kedua, jika;

1) Setelah pelbagai usaha dan pastikan air cukup dan juga pastikan kiraan carbs waktu induction 20g carbs, tetapi berat statik.

2) Hampir 7-10kg menghampiri berat ideal

Amazingly, bila anda masuk phasa kedua, berat anda akan turun! Bagaimana?

dengan menambahkan 5gm carbohidrat setiap minggu..
Begini, pada setiap minggu anda lakukan 20g carbs kerana phasa induction, kemudian tambah 5g carbs jika berat turun, kekalkan dengan 25g carbs sehari.. jika berat tidak turun sepanjang seminggu itu, minggu kedua tambahkan lagi 5g carbs.. maximumnya adalah 40g carbs per day.. tapi biasanya penambahan 5g carbs akan turun berat badan..

Kenapa tambah lagi karbohidrat, berat badan turun lagi?

Phasa induction kita latihkan badan kita guna lemak sebagai tenaga.. walau bagai mana pun, badan masih lagi perlukan karbohidrat yang sesuai dalam badan.. jadi, banyak mana? ini lah yang berlaku dalam phasa kedua.. berlakunya penambahan 5g carbs adalah untuk mencari nilai yang tepat pengambilan carbohydrate dalam badan... katakan anda menambah 5gm, dan berat terus turun.. maka 25g itu adalah pengambilan tepat untuk badan anda.. ibarat penimbang berat lah.. kita nak pastikan tanda atau garis lurus pada scale betul-betul tepat pada nilai 0 agar bila kita timbang, ia tak memberi 'nombor palsu' maka perlu adakan adjustment.. sama lah dengan badan kita..adjust kan diri sendiri..

Ramai yang bertanya, apakah menu untuk phasa kedua..?
Ini saya ambil dari laman web atkins sendiri, iaitu www.atkins.com



Dairy
Serving Size
Net Carbs
Cottage cheese 2%
1/2 cup
4.1
Heavy cream
¾ cup
4.8
Mozzarella cheese
5 ounces
3.0
Ricotta cheese
1/2 cup
3.8

 Nuts and Seeds
 Serving Size
Net Carbs
Almonds
24 nuts
2.3
Brazil nuts
5 nuts
2.0
Cashews
9 nuts
4.4
Hulled sunflower seeds
2 T
1.1
Macadamias
6 nuts
2.0
Pecans
10 halves
1.5
Pistachios
25 nuts
2.5
Walnuts
7 halves
1.5

Fruits 
 Serving Size
Net Carbs
Blueberries (fresh)
¼ cup
4.1
Cantaloupe or honeydew
¼ cup
3.5
Raspberries (fresh)
¼ cup
1.5
Strawberries (fresh)
¼ cup
1.8

Juices
Serving Size
Net Carbs
Lemon juice
¼ cup
5.2
Lime juice
¼ cup
5.6
Tomato juice
4 ounces
4.2


Pastikan berat anda selidik dulu sebab musabab berat anda statik, re-check semula  menu anda.. sebab itu penting untuk anda catit..! Selagi belum 5-10kg nak sampai berat ideal anda, jangan injak lagi ke phasa dua! ada jugak yang nak kena babab kanggg..


Harap faham la ye.. kalau tak faham, sila tanya.. tak bertanya nanti sesat jalan.. :)
Happy Atkins.. so, bubye.. and I'll be back!!

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html