AKU NAK!!

Assalamualaikum my sugar plumps readers..

Loni bila dok tengok tivi, tengok kawan, tengok sedare terigin bebenor banyak perkaraaa..


Contohnya.. (18SX sikit!)

ni aku kutip dari Gentlemen's Dignity
Takde 18sx sangat pon.. nak pakwe untuk bermanja gitew.. hahaha.. *malu malu* 
Untuk dijadikan tempat luah masalah.. tempat nak bergaduh.. tempat nak pau duit dan hadiah.. tempat nak dijadikan juri masakan aku.. tempat aku nak nangis bersama.. tempat aku nak bergelak bersama.. 

cop! cop! Tapi nak bagi komitment pun sama.. Kena bahagi masa untuk dia dan belajar pun sama.. Nak kena jaga hati dia, tak boleh pentingkan diri.. nak kena fahami dia dgn kerja@studies dia.. bukan setakat dia yang kena fahami kita.. kan.. Dah le kaum perempuan ni banyak emotion sebanyak emoticons di Facebook tu ye dak.. kejap gumbira.. kejap sedih.. kejap terloncat.. kejap bergolek.. Tak ke kesian pada si dia bila kita tak bersedia lagi? Mostly nak bercouple sebab orang sekeliling bercouple.. lagi-lagi drama korea tunjuk sweet moment kan.. kan..? *aku ler tu*   ~.~"

Semakfon yang menyemak ruangan iklan di mana jua anda berada..


Tak manusia lah korang bila korang tak terhingin brand new phones kan..

Aku pom teringin.. teringin giler.. bila buat puppy eyes pada ayah, ayah hanya memberi gelengan lembut.. hukhuk.. orang lain semua ada apps segala benda.. tunggu makwe bersiap sejam pun tak terasa bila ada banyak games dalam semakphone tuh.. silap-silap boyprend tu call makwe dia suruh siap lagi 2jam!
Aku ni student je.. tak pinjam Ptptn atau dari Ah Long, mahupun sesiapa yang bergelar Along atau pun yang duduk di jalan Long Jaafar.. *apekah?*

Tapi aku sangat berasa pelik bin ajaib.. kebanyakkan kenalan aku semua ada semakphone yang sangat ler haptudet..sorry for saying this.. tapi mereka-mereka ini adalah yang datang dari golongan agak susah.. bayar yuran pengajian pun rm100-rm200 murah dari aku kena bayar.. tapi.. tapi.. *nangis kejap* aku mampu tengok je la..

Tak perempuan kan kalau tak minat shopping.. tapi sebagai students, aku takde masa dan takde duit untuk benda benda macam ni... tapi nafsu aku teringggiiin sangat... huaa... *tangisan berkumandang*

Tapi as usual, ayah aku akan datang pujuk.. "ape kelas beli barangan yang bukan beli dari duit kita.. Tunggu kerja nanti.. Dapat gaji, beli lah puas-puas.. barulah ada kepuasan membeli tu" okey lah.. terpujuk sikit di situ.. Since that, kecemburuan aku terhadap orang sekeliling, aku salurkan pada pelajaran aku.. pelajaran aku dapat realisasikan impian aku ni.. InsyaAllah.. mudah-mudahan..

Muahahaha.. banyak gila aku melalot.. okey lah... chow duluuuu..

I'll be Back!!

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

Love and heartbroken

Siapa yang membelasah pelajar Malaysia di London?