Telur?? Atkins dan Cholesterol??? Macam mana niiiii..

Assalamualaikum my sugar plumps readers!

Sihat? Makan apa hari ni...?

Haa.. Mostly members Atkins ni akan makan telur je bila datang waktu 'RAJIN' tu..
Jangan tipu sunat lah.. Dalin sendiri pun tahu... Sebab Dalin pun sama.. haha..

Jumpa A, A kata telur bahaya.. Jumpa B, kata telur bahaya.. Jumpa C,D,E,G pun sama? Diorang tahu mana? dengar or kajian? Haaaa.. Jumpa Nur Dalina, dia kata tak bahaya.. macam mana tu?

Makanan yang tinggi kolesterol meningkatkan kolesterol dalam darah. Maka saluran darah boleh tersumbat. Alaa.. ingat tak masa tunggu nak masuk jumpa doktor, depan dinding lekat poster kolesterol tersumbat tuu...





Sebab tu lah doktor menasihati untuk kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi. Realitinya, majoriti

 kolesterol yang ada dalam darah kita dihasilkan dalam hati kita dan hanya 25% kolesterol yang diserap dari pemakanan kita.

 Tapi ia tak bermakna anda boleh makan makanan seperti INI.





dan INI




cantik tertarik kau memang DeBab kan.. fuhhh..




Dalin nak bercakap soal TELUR.. TELUR.. LUR.. Lur..lur.. lurr *echo*







Kerana lazimnya Diet Atkins tak dapat dipisahkan dengan telur.. Jangan confius, Diet Atkins bukannya Diet Telur.. Tapi kerana telur tak perlu diletakkan perasa tambahan seperti rempah ratus, pati ayam/ikan bilis seperti mana kita masak ayam goreng, ayam panggang, sup telur, daging panggang kan? Nak ke korang makan ayam rebus kosong? Pendek kata, *panjang tak kata apa-apa lagi* telur ni mudah dan efisyen.. kandungan carbs pula dalam 0g hingga 0.6g carbs.. Lebih elok beli yang sepapan tu, kerana yang nutriXXX, yang omega XXX tu carbs nya lebih tinggi!





Walaupun kuning telur, mengandungi banyak kolesterol, tetapi mereka juga adalah kaya dengan nutrien penting yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, seperti vitamin D dan B12, riboflavin dan folat. Udang dan udang galah, juga terkenal dengan kandungan kolesterol yang tinggi, boleh jadikan jantung sihat kerana Omega-3 asid lemak dan kaya dengan selenium dan vitamin B12. 

Yang kedua pula, ramai mengatakan untuk ELAK makanan yang ada lemak tepu, kerana peningkatan kolesterol dalam badan anda. Ia adalah betul, bagi mereka yang mengambil karbohidrat dengan jumlah yang banyak..! Kerana  badan akan membakar karbohidrat sahaja dalam makanan yang berkarbohidrat+lemak seperti nasi goreng, nasi lemak, roti canai, pizza dan lain-lain, maka, lemak tetap disimpan sebagai aksesori badan (drumstick, sayap, spare tyres)

TETAPI, dalam sebuah kajian mengenai Low Carbs Diet (Diet Rendah Karbohidrat), kajian yang dilakukan ke atas orang yang membuat Atkins telah menunjukkan bahawa diet yang mengandungi lemak tepu boleh mempunyai kesan positif ke atas profil kolesterol mereka. Ini adalah kerana badan kita membakar LEMAK. Di ulangi.. Membakar lemakkkkkk.. Aksesori lebihan badan akan digunakan sebagai bahan bakar.

Berdasarkan kajian ke atas "Low Carbs Diet"

• lemak yang tidak tepu datang dari ikan, buah zaitun, kacang dan sayur-sayuran yang lebih rendah kolesterol LDL ("buruk") dan meningkatkan HDL ("baik") kolesterol.


• Mengawal karbohidrat mengurangkan trigliserida, sejenis ketiga lipid (lemak), yang merupakan faktor risiko bebas untuk penyakit jantung.


• Lemak tepu, yang datang terutamanya daripada produk haiwan, boleh meningkatkan kedua-dua HDL dan kolesterol LDL, tetapi dalam konteks diet rendah karbohidrat, kesan ke atas paras kolesterol adalah positif.

Lemak trans

 b
uatan manusia (majerin, fries, nugget, burger, keropok, kerepek, dan makanan dibungkus) mengandungi kolesterol LDL yang tinggi tapi HDL yang rendah.





Apa yang penting adalah pengambilan diet yang padat dengan nutrient, dan mengekalkan gaya hidup aktif adalah perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk memastikan tahap kolesterol dalam keadaan baik.
Jangan la buat atkins baru seminggu, check kolesterol naik marah pula kat Dalin. Bagi masa pada badan, buat diet Atkins sekurang-kurangnya 3 bulan baru check. Jangan lupa check untuk HDL dan LDL sekali.


Masih ragu-ragu mengenai kolesterol dalam Atkins..? Boleh baca di sini, http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/fats.html; accessed April 19, 2005. 2. Vernon, M.C., Kueser, B., Transue, M., et al., “Clinical Experience of a Carbohydrate-Restricted Diet for the Metabolic Syndrome.” Metabolic Syndrome and Related Disorders, 2(3), 2004, pages 180-186. 3. Boden, G., Sargrad, K., Homko, C., et al., “Effect of a Low-Carbohydrate Diet on Appetite, Blood Glucose Levels, and Insulin Resistance


dan.. Nahhh.. untuk tatapan dan semangat..
tak banyak pun.. tapi turun juga kan? :)

I'll Be Back!

psst.. dah tahu mengenai fakta kolesterol dan Atkins, tak bermakna ada boleh lahap makan makanan berminyak begitu saja.. setiap perkara kita perlu bersederhana.. okey?

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

Love and heartbroken

Siapa yang membelasah pelajar Malaysia di London?