Followers

Permulaan Diet Atkins..(Part I)

/
13 Comments
Assalamualaikum my sugar plumps readers!

Dalin nak kongsi.. apakah itu Diet Atkins.. tanpa ubat diet.. tanpa slimming products.. tanpa SDII.. tanpa herbalife.. tanpa pembedahan.. exercise??? exercise untuk sihatkan badan.... jadikan badan fit dan membentukkan badan.. yang memainkan peranan utama untuk kurus adalah cara pemakanan..

Ini apa yang Dalin faham.. Diet Atkins adalah sejenis diet di mana ia mengunakan lemak sebagai bahan pembakaran badan kita.. bukankah selama ini memang begitu? Ya dan Tidak! Kenapa?

Kerana.. Apabila dalam badan terdapat lebihan jumlah karbohidrat, pembakaran itu lebih fokus pada  karbohidrat berbanding  lemak..

Oke.. Diet Akins ini ada 4 phasa..
Phasa 1: Induction
Phasa 2: Ongoing Weight Loss (OWL)
Phasa 3: Pre-Maintenance
Phasa 4: Lifetime Maintenance.


Phasa Pertama: Induction
Ha.. ini selalunya killer part.. Kenapa?
Tempohnya minimum 2 minggu.. maximum? Maximum pula bergantung kepada berapa berat lagi yang anda mahu untuk turun..
Contoh: Berat sekarang adalah 50kg, dan cuma nak turun kepada 45kg.
Tempoh 2 minggu tanpa kantoi InsyaAllah mampu merealisasikan impian anda.. Tetapi, kalau dari 100kg, nak ke 50kg, takkan dua minggu kan?

Untuk post kali ini, Dalin nak cerita phasa pertama dulu.. lagipun Dalin pun masih lagi di phasa pertama..
Dalam phasa Induction ini.. anda langsung tak boleh ambil;


1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, 
VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, 

roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, 

gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan 

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa,

 gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, 

bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, 

digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, 

goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, 

satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. 

Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..

semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..

kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi.

.kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal
,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan 

multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan 
daya ketahanan badan.
Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..
jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti

 diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. 
Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
sumber: Aku Nak Kurus

Kenapa sampai begitu? Supaya berlakunya process yang di namakan ketosis iaitu, menggunakan lemak sebagai bahan bakar badan untuk dijadikan tenaga.. untuk proses ini berlaku, ia memakan masa lebih kurang 3 hari.. maksudnya, 3 hari tanpa pengambilan karbohidrat, baru lah badan akan tukar kepada lemak sebagai bahan tenaga... Macam mana kita nak tahu ketosis itu berlaku dalam badan ye?

1) Beli Ketone Strips
Sorry lah blurr.. nampak tak kaler dia..? kaler ni adalah kaler ideal.. kalau yang kanan sekali ungu pekat tu, pembakaran lemak pada tahap maxima.. cuma.. kena minum air 3L lebih.. sebab makanan kita ambil mostly 0g carborhydrate... which is selalunya protein.. protein berlebihan akan menyebabkan cholestrol naik.. batu dan sebagainya.. JANGAN RISAU.. MINUM AIR BANYAK!! kalau minum air dah lebih 3L, tapi masih ungu pekat.. itu takde masalah.. pembakaran lemak dalam badan tahap maxima..

ada faham?

2) Kalau takde Ketone Strips, tak jadi masalah jugak..

i- Nafas berbau kuat
ii- Srong urine
iii- Tenaga bertambah
iv- selera makan kurang
v- white floaties in urine
vi- mulut kering
vii- air liur pekat
viii- jerawat naik

dan paling penting KURUS.. haha..

kerana secara tiba-tiba tiada karbohidrat, badan terkejut hilangnya sumber bahan tenaga.. jadi badan akan jadi lembik.. terketar-ketar.. jadi jangan risau "alaa.. nanti pengsan.. nanti badan ketaq.. tak biasa lah.. bla.. bla" itu hanyalah alasan.. belum cuba belum tahu.. dan cuba jatuh cinta!! haa.. gtieww..
Jadi, sila lah guna multivitamins.. tak kisah la jenis apa.. asalkan multivitamins untuk beri nutrisi seimbang 
pada badan.. ada paham?

Ni Dalin nak kongsi sekeping dua keping gambar dari Kelab Diet Atkins, mulanya tempat yang ajar Dalin dengan ilmu atkins ni..





Hok aloh.. kaum hawa je ke boleh buat diet Atkins..? tidak.. tidak... Nah tengokk..



Pok cik Afro ni namanya Fazrin.. dia adalah salah sorang sifu sayaa.. Blog dia yang pertama saya terterjah.. tak ingat kenapa.. tapi blog dia lah dalin pertama tahu pasal Diet Atkins.. kemudian dalam blog dia, dia syorkan pergi Kelab Diet Atkins.. ini blog dia, BICIKUT

Yakinkan diri untuk Atkins!

Nanti kan sambungannya tau.. :)

I'll Be Back!!

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html


You may also like

13 comments :

-effa ayub- said...

huahua..jeles dengan testimoni.diri ni ntah bila lagi laaaa nak boleh buat sebelum n sleepas..huhuhu

Dalin said...

jadikan pembakar semangat lah dear.. you can do it!! pujuk diri, pujuk badan.. pujuk hati.. pujuk minda..

bici bicikut said...

wah pic pakcik afro pun ado,hehehe

Dalin said...

@bici bicikut: harus lah ado.. sifu terhormat saya tuu! :)

Khairahimo said...

blogwalking~ waaa.. gila la.. prnh nk try diet atkins.. tp 4 5 hari, mesti nk mkn nasi.. dan kemudian diet lg.. hmm..

mmg smgt btul tgk org yg diet atkins mampu turun berat..

sy turun jugak.. 20kg.. tp skrg mcm dh btambah semula.. hehe..

anyway, saya nak promote homestay d tgh bndr mlk.. kalau agak2 nk bcuti kt mlk, click this link k..

melakasarahomestay.blogspot.com

yatie fadzil said...

Nmpk menarik mampukah diriku???

Cik Muda said...

wah...mearik nih....

cara pemakanan tu macam diet bila kita ambil alpha lipid.... serius menjadi...

nak try yg ni plak lah...

Rosehaniza Md Zin said...

Baru nak cuba nih, x sabar nak tgk hasilnya. Sorang kawan dah buat diet ni dr bulan june yg lepas, 4 bulan turun 10kg lebih. Tu pun katanya main2 jer..x serius sgt sbb kadang2 ada jemputan, teringin sgt nak makan tapi janji dpt rasa sikit utk ilang kempunan. Tak la stress katanya. Main2 pun leh turun, kalu serius mesti lagi bnyk turun berat tu. Kena semngat kentang nak diet nih.

Rosehaniza Md Zin said...

Sedang cuba. Just started. Hopefully dpt turun berat.

nadiyasiti said...

Patutla muke sy naik jerawat..air liur cm pekat je..nafas plak ada bau sket...rupenye tgh proses ketosis..

hanis baby said...

masa proses induction tu boleh tak mimum susu soya..

hanis baby said...

masa proses induction 2 week tu bole tak minum susu soya...

Dalin said...

soya adalah kacang... so mmg x boleh... carbs tinggi..