Recipe dari Abah Careno part 2
Assalamualaikum my sugar plump readers! Haa.. mari sambung ke part 2 pulak.. bagi yang tak tahu, Dalin berjaya menghasilkan produk dari resepi Abah Careno .. iaitu ketiaw Cantonese.. boleh rujuk di SINI ye.. Dalam ber-blogwalking baca post dari Blog Abah Careno, tetiba ada post Kek Biskut Lapis Cheese Nestum ... atau lebih dikenali sebagai Cheesekut cake.. sebab dia ala-ala cheese cake yang berbiskut .. meh kita tayang gambar dari Abah Careno dulu.. resepi asal beliau dari SINI Bahan-Bahan: - 250g Cream Cheese (dalin guna yang dalam tube gambar lembu tu) - Biskut kering Hup Seng -Susu segar, nestum - susu pekat manis - serbuk milo Cara-cara: - 250g Cream Cheese dipukul hingga kembang - masukkan susu pekat (ikut tahap kemanisan korang, nak manis letak sampai 1-2 Tin susu pekat pun boleh, tapi kalau kencing manis tu tanggung sendiri ye, tapi Dalin guna suku je.. sebab I loike masam-masam cream cheese tu) - sambung pukul cream che...