Pizza~!

Fuh!! Hari ni sangat letih loh..
Mengecat chalet seketoi didusun buah..
Dari awal pagi..
Balik pulak waktu maghrib..
pergghh.. badan hangit.. peluh meleleh..
sekali bau badan sendiri macam longkang tengik..!
Kalau longkang tu boleh bercakap.. sah dia ingat Dalin geng dia.. ~..~

Kerana balik lewat sesasesasesangaaat..
Maka lepas buat apa yang patut, terus tidurrr..
(yeep.. ni baru bangun.. teeheee ^_______^ )

Okeyh! lari isi kandungan dengan tajuknyer..
Pagi tadi ni haaa.. pukul 2 tak boleh tidur..
apasat????
tekak teringin Pizza.. muahahahaahaah!!
Apa lagi.. Memasak larhh..

Meh Nak Kongsi Recipe~~~
(recipe bersama gambar, outcome je gambar ori.. lain-lain hasil carian GOOGLE)
Psst!! Ramai puji sedap.. Moh kite try..


Pengalaman Dalin buat Pizza ni.. Crust/base dia sedap...  lembut.. and yet ada bunyik "krup krap kraapp" bila makan.. cayalah..!

Okeyh.. Bahan untuk Dough.. Kalau boleh uli guna tangan..
mudah kita nak tahu bila dough tu cukup air.. or tepung and so on..
*panjang berjelanya tulis!! Recipe tak muncul seketoi pun!*

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sk yis segera
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk gula
  • 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli (air selalunya bergantung kepada texture dough, ada kurang ada lebih)
1) Campur bahan2 dia atas ni kecuali air..dalam mangkuk besar ke besen ke.. ikut suka lah..  masukkan air pelahan-lahan.. uli dough tu sampai dough tu dah tak stick kt tangan dan dinding mangkuk tadi tu... aa.. di sinilah perlu tengok.. kalau meleket lagi, masukkan air.. kalau terlebih sikit air sampai lembik.. masukkan sedikit tepung..

macam ni lah yang dikatakan melekat pada tangan 
Walaupun Dalin guna bekas ni, tapi tu bukan tangan Dalin.. Dalin pure Melayu.. wakakakka..
~Thanks google~


Tak melekat dan sempurna jadi macam ni..

2) Bila dah dapat texture seperti gambar di atas.. masukkan dalam bekas yang disapu dengan sedikit minyak or butter.. dan cover dengan plastic cling tu for about 1 hour.. 


kenapa kena tunggu 1 jam? untuk dapat hasil giniii..
Dua kali ganda naik..
lepas tu ulikan dough ni.. setebal 2cm..

dan masukkan ke dalam/atas Pizza Pan.. 



3) Jangan risau kalau dough ni tak muat semua pan tu.. sebab kita kena biarkan lagi dalam 10 minit..
bagi dough tu kembang lagi.. bila dah kembang, kita tolak dough ke ruang-ruang yang ada kosong macam gambar di atas.. 

4) Kemudia kita cocok atas dough tu dengan garfu utk pengudaraan semasa nak bakar pizza tu..

Sementara tu, kita buat sauce pizza pulak!

  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 sk gula 
  • 1/4 sk garam
  • 1 sk oregano (nak masukkan basil, italian spice, black pepper and so on pun boleh)
(Dalam kes Dalin.. I dont have tomato puri.. and YES!! *bukan Year End Sale taw* I only used tomato ketchup.. tapi serious sedap..!

1) tumiskan bawang putih dan bawang merah.. bila  bawang merah mula nampak layu-layu, masukkan bahan-bahan lain.. hingga sauce pizza hampir kering.. tutup api.. dan letakkan atas pizza base/crust anda tadi tu..

For topping. (Topping ni ikut suka jee.. Dalin bagi cadangan sket ye kalau takde clue nak letak apa)
 
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju parut. boleh guna chedder cheese .. mozzarela and so on..
Nak hasil yang superb, better guna mozarella lah.. tapi Dalin guna chedder cheese dan parut atas pizza.


 Kemudian bakar dalam oven.. suhu 180 darjah dalam 20-30 minit..


Good Luck~!!





Ni gambar bukan google punyer~




Comments

Mr.Superman said…
2bln lps abg ada bt jgk. :D

abg tersalah bli cheese.Yg sekpg2 tu plk abg bli.haha

abes satu pan tu abg tepekkn keju.sdp kot.hehe

abg gn daging kisar.
Nur Dalin said…
hehehe.. memang sedap kan.. tak payaah nak pakai cecantiks cover2 makan dah.. gi Pizza Hut.. duk umah pakai kaften tempek bedak sejuk dah orait..

p/s: daging kisar habis.. huhu...
anismelon said…
waaa..pandai nye wat pizza..heeee..ade delivery tak heee..
Nur Dalin said…
@anismelon : kalau buat delivery, jawabnya.. tak sampai la depan umoh.. hikhik..

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

Love and heartbroken

Siapa yang membelasah pelajar Malaysia di London?