Recipe Diet Atkins fasa 1

Assalamualaikum my sugar plump readers!!
Haaa.. Ni Dalin nak kongsi recipe Diet Atkins yang sekian lama nawaitu tertanam di jiwa...
tapi sebab tak siram-siram dan tidak pernah semai..
maka ku biarkan ia termati disitu..

hah! Curlas tak puitis iols..

Dalin takmau lah kongsi recipe yang setakat

- Pagi: 2 Telur setengah masak
- Lunch: ayam 2 ketul, dan sayur sikit
-Malam : bla...blaa..bla..
air: bla..bla.. liter

Huh! Sila abaikan ye.. sebab semua orang boleh buat menu simple ni..
korang google je "menu fasa 1 diet atkins"
segelambak senarai website yang hado.. korang click je..
kalau tu pun malas, iols tak dapek buat apa melainkan SEPICHLESH (baca: speechless)

So, mari kita berkasih sayang dengan segala mak nenek recipe yang Dalin ada cipta sendiri, or idea ambil dari KDA or ambil ilham dari masakan biasa, tetapi dijadikan Atkins-friendly food!

Jom cekidautt..
AMARAN: POST INI SANGAT PANJANG

Muffin Tolor
~2-3 biji telur
~tuna flake in water/oil
~1 keping keju di racik
~cili merah dihiris
~sedikit lada sulah
~garam sebagai perasa
~italian herbs or basil or oregano (optional)

+pukul semua bahan dalam mangkuk kecuali cili merah
+masukkan dalam muffin tray or paper cup
+ masukkan hirisan cili merah
+dan bakar dalam 150celcius atau hingga masak
+SIAP!

Cheesy Mighty
~ suku bawang merah
~sayur yg disukai
~lada sulah yg ditumbuk/kisar
~garam sebagai perasa
~cili potong
~Mayonis
~keju rendah carbs yg diparut

~Tumis bawang merah
 ~Masukkan sayur mayur yg disukai (ni dalin guna bunga kobis)
~Masukkan lada sulah.dan sedikit garam utk perasa
~bila sayur dah separuh masak, tutupkan api
~pindahkan dalam dulang pembakar dan taburkan cili potong
~kalau nk tambah mushrum or nenas mcm pizza betul pun voley (bg fasa 3 dan 4)
~Kemedian taruk mayonese
~last sekali parutkan keju
~bakar sampai keju dah cair atau sampai nmpak garing seperti gmbr di atas.
** kalau nk creative.. time goreng sayur tu masukkan lah isi ayam ke.. udang ke.. lg sedapp...**

Devil's egg (dont even ask me why that is the name, mmg dah lagutu)

~Rebuih beberapa bijik telur
~keluarkan kuning yg dah direbus tu (keluarkan masa panas2) danmasuk dalam bekas
~racik slice cheese ke atas kuning telur so that cheese to melt..
~ masukkan mayo (low carbs), 1 sudu butter, lada sulah or herbs sikit
~then gaul2.. kemedian masukkan balik dalam telur rebus tu
~SIAP!

Spicy grilled chicken with steamed cauliflower


-marinate any part of the chicken with salt, black pepper and chilli powder for 24hours (on minimum 1 hour)

-grill the chicken until it is cooked
-wash the cauliflower and drain the water
-cut into small pieces
-steam the cauliflower until it become softer, and sieve to drain out the excess water
-mix with 1tsp of butter

Home made chicken nugget baq hanggg (faveret in my family!)
Bahan2nya:
-mana2 isi ayam direbus (dalin ambil bahagian dada ayam)
- suku bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- sedikit hirisan halia
- 1 biji cili padi
- sesikit garam sebagai perasa
- 2 biji telur

Cara2:
1.Masukkan semua bahan2 kedalam blender termasuk isi ayam dan blend hingga lumat. (Jgn tambah air langsung)
2. Panaskan myk masak dalam periuk
3. Bila myk dah betul2 panas, cedokkan 1 sudu besar bahan kisar tadi ke dalam myk..
4. Goreng hingga warnanya keperang perangan
5. Siap! Sedap makan panas2.. cicah bersama sos cili atau mayonis..rangup diluar dan isi semata2 di dalam.
.


Nasi Lemak Atkins style
(rencah2 tu korang buat sendiri ye.. takkan x reti buat sambal tumis, goreng ikan bilis, rebus telur, potong timun kot?)

-bunga kobis disagat atau dipotong halus, kemudian rebuskan bersama 1/2 santan kotak, se ulas halia dihiris, sedikit biji halba dan tambah sedikit air
-bila bunga kobis dah lembut, tapiskan airnya..

-sambal tumis tu mcm resepi biasa juga, cuma jgn tambah gula..

Pan Grilled Chicken Keel

~Marinate Chicken Keel with salt + course black pepper for 24jam, then we grill it.. simple as A B C 1 2 3!!

~Spinach Pancake (savory, bukan manis ye)
-blendkan 3 biji telur, suku bwg merah segenggam udang kering yg telah dibasuh, 1 biji cili merah, segenggam daun bayam, sedikit garam, sebtang celery, dan daun sup/daun bawang
- kalau nak ia gebu, blend lama2 sampai gebu
-dadarkan atas frying pan mcm masak telur dadar..

**boleh letak apa2 isi dan gulungkan, akan jadi spinach roll**

Roti jala ala atkins
 Roti jala:

1)2 telur dipukulkan
2)1 sudu santan

cara-cara
1. Kacau rata bahan-bahan tersebut hingga sebati

2. Jalakan atas non-sticky pan..

Kari ayam:
Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (dipotong ikut citarasa)

1 biji bawang merah (ditumbuk)

4 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 inci halia (ditumbuk)

3 sudu serbuk kari daging (dibancuh dengan air, dijadikan pes)

2 biji kentang (setiapnya dipotong 4)

200 ml santan pekat (saya guna santan kotak)

1 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga (tak letak sebab takde)

1 liter air (ikut selera masing2)

5 sudu minyak masak

1 keping asam keping

Garam



Cara penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga hingga naik bau.

2. Masukkan bahan tumbuk & goreng hingga garing.

3. Masukkan pes kari & kacau sebati hingga garing. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.

4. Kemudian masukkan ayam & kentang. Masukkan juga air & kacau sebati. Biarkan ayam & kentang menjadi separa empuk.

5. Masukkan asam keping & biar ayam empuk.

6. Setelah ayam empuk, tuangkan santan pekat & biarkan mendidih.

7. Siap!

(Ketang tak boleh utk fasa 1 dan 2 ye...)


Stif fried beef and broccoli
Bahan perap daging:

Halia-1 inci
Bawang putih- 1 biji
Lada hitam- 1 sudu (tumbuk)
Daging - 200 g ( potong nipis, beli yg tender@batang pinang)

* perap daging semalaman atau 1 jam dalam peti ais

Bahan tumis:

Bawang putih - 1 biji
Halia 1/2 inci
* cincang halus

Sayur:

Brokoli - 1 cup
Cili merah -1 biji ( potong panjang)
Daun sup/bawang (hiris halus)
Minyak - 1 sudu
Garam (sesedap rasa)

Cara buat:

1. Didih air dan letakkan sedikit minyak dalam air. Masukkan brokoli. Celur dalam 10 saat. Angkat dan ketepikan
2. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali, guna api kuat. Masukkan daging yg diperap tadi. Goreng kilas hingga 70% masak. Angkat dan ketepikan
3. Guna baki minyak dalam kuali, tumis halia n bawang putih yg dicincang hingga garing n wangi
4. Masukkan daging tadi, kacau hingga masak (dalam 3 minit)
5. Masukkan brokoli dan cili tadi.. dan perasakan dengan garam..
6. Masak dalam 1-2 minit..
7. Angkat..hidangkan ngan hirisan daun sup/bawang

Comments

L3oRar3D3f3nd3r said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

A new Love is growing

Contact Lens Murah!!