Recipe dari Abah Careno part 2

Assalamualaikum my sugar plump readers!

Haa.. mari sambung ke part 2 pulak.. bagi yang tak tahu, Dalin berjaya menghasilkan produk dari resepi Abah Careno.. iaitu ketiaw Cantonese..  boleh rujuk di SINI ye..

Dalam ber-blogwalking baca post dari Blog Abah Careno, tetiba ada post Kek Biskut Lapis Cheese Nestum... atau lebih dikenali sebagai Cheesekut cake.. sebab dia ala-ala cheese cake yang berbiskut .. 

meh kita tayang gambar dari Abah Careno dulu.. resepi asal beliau dari SINI



Bahan-Bahan:
- 250g Cream Cheese (dalin guna yang dalam tube gambar lembu tu)
- Biskut kering Hup Seng
-Susu segar, nestum
- susu pekat manis
- serbuk milo


Cara-cara:
250g Cream Cheese dipukul hingga kembang
- masukkan susu pekat (ikut tahap kemanisan korang, nak manis letak sampai 1-2 Tin susu pekat pun boleh, tapi kalau kencing manis tu tanggung sendiri ye, tapi Dalin guna suku je.. sebab I loike masam-masam cream cheese tu)
- sambung pukul cream cheese + susu pekat dan ketepikan..


dari blog Abah Careno jugak... maaf ye Abg Lan, Dalin jenis tak rajin ambil gambar stepbystep.. huhu.. 
Lapisan pertama
-Rendam biskut kering dalam susu segar (tak yah lama-lama sebab nak bagi tapak tu keras)
- kemedian susun lah dalam loyan cantik-cantik.. nak susun hodoh-hodoh pun takpe.. takde sapa halang ye..


Lapisan kedua :
 Sapukan cream cheese + susu pekat yang di pukul tadi tu..

Lapisan ketiga : Taburkan nestum atas cream cheese tadi.... lepas tu Dalin tabuq serbuk milo..

Ni Abah Careno tabuq serbuk koko bagi ada rasa koko..

ulaaaanggggg lah lapisan-lapisan tadi, sampai lapisan yang terakhir tu.. cuma lapisan yang last tu sapu cream cheese tebal-tebal sikit.. kemedian tabuq nestum tu...

masukkan dalam peti ais dalam 10 jam.. kalau buat waktu malam, esok pagi tu boleh makan dah.. dia kena lama-lama dalam peti ais baru jadi bentuk.. kalau jenis napsu membuak-buak ibarat kerasukan syaiton ni rojim macam dalin ni, potong awal-awal takde bentuk okeyh..? kalau tak padan muka tak boleh letak dalam pesbuk or Insta..

dan ini hasil Cheesekut cake Dalin... 




dapp.. dappp oihhhhh!! sejuk-sejukkk.. minum pulak dengan Hershey's Mocha Flavored... hamboiii.. combination torrrrrbaaaaiikkk!

murah hoiiii... masa keluar cari barang nak buat Cheesekut ni.. terjumpa ni kat section susu segar dalam kotak..   lagi murah dari susu segar wanita belanda tu.. tekejut iols..


tenkiu lagi sekali kepada Abah Careno aka Abang Lan! :)

Comments

careno said…
Waaaa.... siap pakej dgn air mocha...sementara tak boring lg ni mmg keja dok ulang buat cheesekut ni jer la... br tau nama benda ni cheesekut sbb ada org komen kat blog... hahaha... tq dalin sudi baca blog abg lan...

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

A new Love is growing

Contact Lens Murah!!