Followers

Assalamualaikum my sugar plumps readers..

Dalin teringin nak cuba untuk berDA sambil berpuasa ni..
Niat bukan untuk nak cepat kurus, tapi niat untuk nak selesakan diri dan buat penyediaan rapi untuk bulan Ramadhan.. dan ini adalah puasa sunat.. puasa ganti dah ganti sesiap.. :)
Cuma sekarang ni Dalin ABC.. so, sementara nak habis, Dalin nak kutip segala ilmu untuk puasa ni..

dan Dalin boleh kongsi pengalaman Dalin ni.. harap memudahkan Dalin bila masuk bulan Ramadhan nanti..
Tips yang Dalin baru dapat, time sahur memang kena makan, bahkan WAJIB... sebab kita buat diet atkins, time berbuka takde nya nak bantai semua makanan yang teringin ni.. dan kena bangun awal dari biasa sebab perlu habis kan air kosong sebanyak 1L.. huhu..

dan kalau nak  lebih sihat, memang kena buat exercise.. walaupun berpuasa, tp niat Dalin nak pelahan-pelahan dulu, taknak lah start puasa terus exercise aggressively..

nanti bila Dalin start buat, Dalin gtaw semua pembaca dan peminat Atkins yer!! :)

byebye.. muahmuah!!

I'll Be Back!

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)
Assalamualaikum my sugar plumps readers..

ihsan: google

Entry nih takdak ketan ngan diet atkins.. *tudia.. bahasa kedah* 
Dok tengok kat celah celah fesbuk tu.. ramai bebenor couple sana sini.. hat paling advance budak sekolah lah.. dok "mami dedi/papa mama/bebi hani"

Adakah bercinta/couple itu satu keperluan? Atau satu kepuasan? uih.. jangan dok pikiaq puas lain ooii.. merbahaya.. 

Bila Dalin muda mudi dulu, orang lain ada boiprend, kita pun teringin.. sebelum dok couple ni, boleh dikatakan cemerlang jugak lah result Dalin.. lepas tu? *er.. nangis jap* paham-paham la ye..
Tapi tak tahan oo.. mamat tu kuat jealous.. dengan abang Dalin sendiri pun jeles.. kejap-kejap nak break, kejap nak break.. so memang break sungguh..! malas nak couple-couple..So, lepas tu result alhamdulillah gempak balik.

Lepas belajar matrik, ada sorang mamat ni, memang paling hensem antara yang semua boiprend pernah ada.. macam pelakon Ezany versi kurus sikit.. eh banyakk..tapi lama-lama dia cari orang lain yang sekurus dengan beliau.. haha.. lantak lah..

alahai.. lambat lagi pun nak mengorak langkah.. masa depan diri sendiri pun tak lepaih lagi.. :)

itu je lah.. luahan hati.. tengok bebudak ramai sangat couple..

P/s: ke sebab Dalin makin tua? huhu..
I'll Be Back!


Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

Harap ramai yang dah faham pasal phasa pertama dalam Diet Atkins, iaitu induction.. di SINI untuk penerangan lebih lanjut.. Kali ni dalin nak cerita pasal phasa kedua dalam induction.. iaitu OWL.. Ongoing Weight Loss.. Macam mana kita nak tahu badan dah sesuai injak ke phasa kedua?

Anda layak ke phasa kedua, jika;

1) Setelah pelbagai usaha dan pastikan air cukup dan juga pastikan kiraan carbs waktu induction 20g carbs, tetapi berat statik.

2) Hampir 7-10kg menghampiri berat ideal

Amazingly, bila anda masuk phasa kedua, berat anda akan turun! Bagaimana?

dengan menambahkan 5gm carbohidrat setiap minggu..
Begini, pada setiap minggu anda lakukan 20g carbs kerana phasa induction, kemudian tambah 5g carbs jika berat turun, kekalkan dengan 25g carbs sehari.. jika berat tidak turun sepanjang seminggu itu, minggu kedua tambahkan lagi 5g carbs.. maximumnya adalah 40g carbs per day.. tapi biasanya penambahan 5g carbs akan turun berat badan..

Kenapa tambah lagi karbohidrat, berat badan turun lagi?

Phasa induction kita latihkan badan kita guna lemak sebagai tenaga.. walau bagai mana pun, badan masih lagi perlukan karbohidrat yang sesuai dalam badan.. jadi, banyak mana? ini lah yang berlaku dalam phasa kedua.. berlakunya penambahan 5g carbs adalah untuk mencari nilai yang tepat pengambilan carbohydrate dalam badan... katakan anda menambah 5gm, dan berat terus turun.. maka 25g itu adalah pengambilan tepat untuk badan anda.. ibarat penimbang berat lah.. kita nak pastikan tanda atau garis lurus pada scale betul-betul tepat pada nilai 0 agar bila kita timbang, ia tak memberi 'nombor palsu' maka perlu adakan adjustment.. sama lah dengan badan kita..adjust kan diri sendiri..

Ramai yang bertanya, apakah menu untuk phasa kedua..?
Ini saya ambil dari laman web atkins sendiri, iaitu www.atkins.com



Dairy
Serving Size
Net Carbs
Cottage cheese 2%
1/2 cup
4.1
Heavy cream
¾ cup
4.8
Mozzarella cheese
5 ounces
3.0
Ricotta cheese
1/2 cup
3.8

 Nuts and Seeds
 Serving Size
Net Carbs
Almonds
24 nuts
2.3
Brazil nuts
5 nuts
2.0
Cashews
9 nuts
4.4
Hulled sunflower seeds
2 T
1.1
Macadamias
6 nuts
2.0
Pecans
10 halves
1.5
Pistachios
25 nuts
2.5
Walnuts
7 halves
1.5

Fruits 
 Serving Size
Net Carbs
Blueberries (fresh)
¼ cup
4.1
Cantaloupe or honeydew
¼ cup
3.5
Raspberries (fresh)
¼ cup
1.5
Strawberries (fresh)
¼ cup
1.8

Juices
Serving Size
Net Carbs
Lemon juice
¼ cup
5.2
Lime juice
¼ cup
5.6
Tomato juice
4 ounces
4.2


Pastikan berat anda selidik dulu sebab musabab berat anda statik, re-check semula  menu anda.. sebab itu penting untuk anda catit..! Selagi belum 5-10kg nak sampai berat ideal anda, jangan injak lagi ke phasa dua! ada jugak yang nak kena babab kanggg..


Harap faham la ye.. kalau tak faham, sila tanya.. tak bertanya nanti sesat jalan.. :)
Happy Atkins.. so, bubye.. and I'll be back!!

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html
Assalamualaikum my sugar plump readers!

Kadang kala ada insan baru yang ingin mencuba Diet Atkins ni.
Persoalan pertama yang selalunya di tanya adalah,
"saya budak baru, berat XXkg, tinggi XXXcm, apa langkah pertama saya?" atau, "hari ni first day saya nak buat Diet Atkins, saya tak makan apa lagi, apa yang boleh saya makan?"

Macam mana boleh mula tanpa tidak mengetahui cara-caranya? Ibarat nak bawa kereta lah, takkan terus-terus bawa kereta tanpa pergi sekolah memandu kan?

Yang saya dan sifu-sifu terhormat saya selalu cadangkan adalah.

1)Baca semua perkara mengenai Diet Atkins sahaja.


...kerana di luar sana ada pelbagai jenis diet, dan sesetengah makanan akan memberi impact kepada sesuatu diet itu.. contohnya low carbs diet, anda makan karbohidrat dalam kuantiti yang agak banyak (100g carbs/day) tapi anda tak boleh makan makanan yang berlemak seperti ayam goreng/telur goreng. Tetapi dalam Diet Atkins (phasa induction) anda tak boleh makan karbohidrat yang banyak (20g carbs/day)..dan protein dan lemak digalakkan.. maka dengan itu, HANYA KUTIP ilmu Diet Atkins.. buat research banyak-banyak mengenai Diet Atkins ni.. saya syokkan sangat-sangat masuk group Kelab Diet Atkins.. dan senarai blog INFO ATKINS di tepi sidebar saya ni.. mungkin mereka tak selalu update, tapi baca lah.. ada post lama-lama.. semua tu ilmu Atkins..

2)Tetapkan tarikh.

Bila kita dah faham bagai mana Diet Atkins membantu dalam proses turunkan berat badan, secara tak langsung kita boleh sediakan diri kita.. Apabila kita dah tahu liku-liku dan lenggok Diet Atkins, maka secara tak langsung,kita sendiri tahu jenis pemakanan apakah yang sesuai untuk diri kita nanti.. Jika timbul masalah, kita pasti tahu apakah yang perlu dibuat, berdasarkan pemahaman dan ilmu yg dikutip..

Diet Atkins bukannya ada masalah besar pun, contohnya " anda abaikan pengambilan sayur dancarbs intake perlu dihadkan kemungkinan ada masalah sembelit".. maka anda perlu tahu bagai mana nak atasi.. contohnya seperti minum air yang cukup, minum tea orang kampung, green tea, psyllium husk, banyakkan makan sayur-sayur hijau dan sebagainya..

3)Maklumkan kepada keluarga/sahabat terdekat

Sokongan dari mereka yang tersayang tersangatlah penting! Saya ada terbaca beberapa cerita dari rakan KDA (Kelab Diet Atkins) yang mereka di bantah untuk membuat Diet Atkins, kerana diet ini memerlukan protein yang agak banyak dalam pemakanan, jadi ramai yang akan takut mengenai cholesterol, batu karang dan sebagainya.. sebab itu lah langkah pertama sangat penting! supaya segala soalan yang di utarakan oleh mereka dapat di terangkan secara lebih mendalam.. apabila sudah diterangkan, mereka InsyaAllah akan sokong.. sokongan itu yang sangat penting.. supaya mereka memahami apa yang kita lalui.. ye la.. kita tak boleh makan nasi beriyani gam terbaik dari ladang, tup tup makan baik punya depan mata... Alhamdulillah setakat ni family saya akan minta izin dulu boleh kah mereka makan depan saya.. tapi selalunya saya tak kisah.. bila mereka makan pun, selalunya ayat diorang "bukannya sedap pun, menyesal je beli" tapi saya tahu, mereka nak saya teruskan dengan Diet Atkins.. I lebiu lah my family!!

4) Pujuk hati! Pujuk minda! Pujuk Badan!

Haa.. ingat kekasih hati je perlu di pujuk? Diri sendiri pun perlukan pujukkan okehh.. Sebelum sampai kepada tarikh yang anda tetapkan, perlu bawa minda anda ke hadapan.. iyalah, bila anda buat Diet Atkins dalam phasa induction, banyak benda yang anda akan terliur.. seperti pizza, spegetti, kuih-muih dan sebagainya, kang senaraikan banyak-banyak ada juga yang teliur nanti kan.. hahaha.. maka setkan siap-siap di minda, "bila kita dah kurus, dapat berat ideal, kita makanlah makanan yang kita teringin tu, sekarang ni sabar dulu" teruskan untuk pujuk hati.. untuk tabahkan diri.. untuk naikkan semangat nak berDA ni.. bila dah sampainya tarikh kita buat phasa induction tu, teruskan juga mencari ilmu dan teruskan pujuk diri sendiri tu..

5)Tiada alasan

Jika seseorang itu nak berjaya, pasti ada jalan.. tapi yang nak gagal, punyai banyak alasan..
Selalu mendengar luahan dan keluhan mereka yang baru berDA.. yang agak tidak logik alasannya..
seperti,
a) Saya duduk kolej/asrama susah nak dapat makanan yang halal Atkins lah.. dapur pun takde, macam mana saya nak masak? tunggu balik rumah lah start Diet Atkins.

b)Saya balik rumah/kampung mak asyik masakkkk je.. sedap-sedap pulak tu.. macam mana saya nak tahan tengok masakan mak.. tunggu lah saya masuk kolej balik.. takpun tunggu bila saya bekerja nanti

c) Dah kerja ni penat lah, pagi-pagi nak siap pergi ofis.. nak lalu jam lagi.. bos bagi kerja berlambak pulak.. balik dah lewat malam.. mana sempat nak cari makanan halal Atkins.. 

d) hari ni saya terpaksa kantoi lah.. pergi kenduri kawen.. huhu. rugi lah ketosis sayaa..(kenapa? Kenduri kawen hidang nasi goreng je ke? hidang mee goreng je ke? hidang benda-benda karbohidrat je ke?)

gitu pulak?

Harap-harap dengan lima cara ini dapat membantu newbies di luar sana untuk teruskan niat nak sihatkan dan kuruskan badan.. kalau ada apa-apa kemusykilan, boleh tanya saya , tp kalau nak jawapan secara segera, lebih baik ke Kelab Diet Atkins dan postkan soalan di sana.. ada ramai yang akan jawab, InsyaAllah..

bagi yang tidak memahami apa iti Diet Atkins, sila click sini ---> Pemulaan Diet Atkins (part I)
dan sini ----> Permulaan Diet Atkins (Part II)

byebye dear...
Oh! Saya nak kongsi dari Kelab Diet Atkins! Sila click untuk nak besarkan..




I'll be Back!! :)

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html
Assalamualaikum my sugar plumps readers!


An italian recipe, and it is goood if you are doing Atkins Diet..

No bread. Just meat! yes.. MEAT!

Ingredients


Base/Crust

  • minced meat in a tube (Saudi/Ramli)
  • 1 bulb of bombay onion (small size)
  • 1 slice of cheddar cheese 
  • pinch of salt and ground pepper
  • Some italian herbs, basil, oregano (I used dried, if possible use the fresh one, but dried can do!)
in a bowl, mix all of the ingredient above, torn the cheddar cheese into smaller pieces. And marinate it for one night or at least 3 hours so that the ingredients are mixed evenly, and let the aroma from the herbs to fuse with the minced meat.



Tomato Sauce:
  • For a medium size meatzza, about 4-5 tomatoes should be okay.
  • 1 medium size bombay onion (cubed)
  • 3-4 cloves of garlic
  • pinch of salt
Put all the ingredient in a food processor until finely, if you want some chunks here and there it would be fine..

  • Heat the pan with 2 tablespoon of butter
  • When the liquid butter starts to bubble, pour in the tomatoes
  • add some ground pepper (optional)
  • stir once in awhile until it evaporates
  • add in 1/2 cup of chicken stock or just plain water. (chicken stock brings the taste)
  • add in some salt (opt)
  • put the tomato sauce aside
you can see the initial line


  • When the meat is ready, add 1 beaten egg, mix it together and spread it out on the pizza pan, put it in an oven with 180 degrees Celsius to 200 degrees Celsius for 12-15 minutes.
  • Let it cool in the oven for 5-10 minutes.
  • Pour the tomato sauce on top of the meat base.
  • the topping is up to you (for AD, make sure the total carbs is no more than 20g carbs per day for induction)
  • Put it in the oven for 10 minutes or until it is cook.
 

Hope You'll have a wonderful day with family and friends enjoying meatza! yummyy..

See you soon.. and I'll be back!!


*sorry for the typos and I'm too lazy to correct it.. sleepyyy*




Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

Sambungan dari SINI

Nak cerita pasal kantoi/cheat day dalam Diet Atkins..
Boleh kah?

Kalau sebulan sekali, buat hari penghargaan.. boleh lah.. tapi kalau tetiap minggu, amatlah rugi.. rugi besaq!

kenapa?

Tempoh badan buat ketosis iaitu penukaran bahan tenaga dari karbohidrat kepada lemak..adalah bersamaan  3 hari ke atas.. maksudnya buat induction selama 3 hari, barulah badan akan guna lemak sebagai bahan bakar yakni tenaga.. 3 hari tu minimum, bergantung pada badan seseorang tu.. kalau badan seseorang itu memerlukan 4-5 hari macam mana?

Contohnya dalam seminggu (bersamaan 7 hari)
Hari ketiga lalui proses induksi dengan jayanya, maka pada hari ketiga jugalah badan membuat proses ketosis.. hari keempat tak tahan menegok nasi goreng, maka lahap lah senafsu-nafsunyaaaaa.. maka terbatalah ketosis dalam badan.. maka hari 5 re-induction balik..hari ke tujuh barulah ketosis itu berlaku balik!
kalau tetiap minggu macam tu, sampai bebila lah tak kurus!

Disiplinkan diri tu sikit.. Nak kurus ke nak sakit!?
Kalau macam tu, sampai bila-bila lah gemukk.. biarlah.. itu badan anda.. bukan badan saya..
Nanti dah sampai berat badan ideal, makan lah makanan yang anda teringin tu.. bukan lama pun.. kalau berat 70kg, sebulan dah sampai 60kg.. dengan syarat.. buat elok-elok la ye.. taknak main-main..

sekian.. wassalam..

psssttt!! nak kantoi jangan ler balon pizza hut, mekdi, kepsi, dominos, air gas 2-3 botol.. tp eat healthy macam seafood dengan 1/2 nasi ke.. BBQ bersama sauce ke.. Sepotong kek dari Secret Resepi ke.. Bukan whole cake tau!! aipp.. babab kang!

I'll Be Back!

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html
Assalamualaikum my sugar plump readers!

Fish fillet with sour cream sauce and boiled cauliflower
plus scramble egg!


Assalamualaikum my sugar plump readers!

Indah Khabar dari rupa pun.. sedappp.. *tak malu puji masakan sendiri* 
Dapat la juga lepas gian nak makan pizza kan.. haha..






tiada tepung, hanya daging+telur+tomato+keju+hot dog (rendah carbs)+garam+lada sulah+italian herbs+basil


bubye then.. I'll Be Back!

Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

1)Minced meat is in the fridge.. being marinated with onion.. with a pinch of salt and black pepper.. and dont forget italian herbs and basil..

2) My fish fillet marinated with black pepper and salt

3) Next, tomatoes and onion will be mixed together..


Tomorrow I'll show you the pictures ok?

if it turn out like I imagine it to be.. so.. bubye..!

**I'll Be Back!!**

Assalamualaikum my sugar plump readers!!!

Oke.. Sekarang Dalin nak nyatakan jenis-jenis menu yang Dalin ambil sewaktu phasa induction..
Sape yang tak faham apa itu phasa induction.. boleh rujuk di SINI ye..

Contoh makanan seharian Dalin:

Pagi:
2-3 biji telur separuh masak/scramble/telur mata
1L air

Tengahari:
Egg Tuna Roll:

  • 1 biji telur
  • sediakan siap-siap slice chedder cheese (pastikan yang rendah carbs)
  • 1 sudu mayonnaise..
  • daun salad yang sudah dibersihkan
  • tuna (pastikan yang rendah carbs)
Cara-cara:
  • Dadarkan telur
  • Pindahkan ke atas pemukaan yang rata seperti pinggan atau cutting board
  • cepat-cepat letakkan kepingan keju sementara telur masih panas
  • letakkan 1-2 sudu besar tuna
  • letakkan daun salad
  • 1 sudu mayonnaise
  • dan akhir sekali, gulung kan dia.. kalau tak gulung takde lah nama Egg Tuna Roll kan..
  • Siap!!
dan 1 L air

Resepi asal dari Aniza Saidin
gambar dari pemilik resepi sendiri
Cilok gambar orang lain.. kenapa? Persembahan dishes dia cantik-cantik.. tak macam Dalin punya.. mcm tak selera je nak makan, tapi sekali dah makan pasti nak lagi! hahaha..

Malam:
Egg Drop Soup.

  • Stok ayam 1 cawan
  • 1 biji telur
  • setengah lobak merah di potong bulat (hati-hati, lobak merah punyai bilangan carbs yang agak tinggi)
  • bawang merah 1/2 biji
  • bawang putih 2-3 ulas
  • 1 inci halia
  • lada sulah ditumbuk kasar/halus
  • daun soup
  • sedikit garam
  • fish oil/sesame oil
  • air satu mangkuk
cara-cara
  • Tumbukkan bawang merah + bawang putih + halia hingga lumat
  • Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga bawang putih sedikit garing
  • masukkan stok ayam 
  • masukkan air
  • masukkan lobak kerana lobak lambat lembut(masa ini, pelahankan api)
  • masukkan lada sulah
  • masukkan garam secukup rasa
  • masukkan 1 sudu besar fish oil/sesame oil atau ikut selera kerana jika terlebih rasanya muak
untuk telur kelihatan bertali dalam soup, ikuti langkah ini dengan betul..
  • Pecahkan telur dalam satu mangkuk kecil, dan kacaunya hingga sebati putih dan kuningnya.
  • Perhatikan soup tadi, jika ia hampir mendidih (bukan mendidih!), gunakan sebatang chopstick untuk pusarkan soup tersebut.. pastikan satu arah sahaja..
  • Sewaktu soup di putarkan, masukkan telur pelahan-pelahan..
  • Biarkan untuk satu minit, kemudian tutupkan api
taburkan daun soup dan jangan lupa 1L air..

Kerana daku ni makan tak hengat dunia lupa nak snap gambar.. *lapaq sangaatt* Maka tiadalah gambar untuk tatapan pembaca.. tapi boleh rujuk SINI kalau nak tahu apa menu yang sesuai untuk induction.. Minta join Group, comfirm Admin akan approve.. lepas tu cuci lah mata tengok menu induction ye!

jangan lupa untuk bersenam dan air yang banyak, minimum 3L, lebih banyak lebih bagus!

Apa Yang Anda Boleh Makan.. ^___^

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.



Bubye, and I'll Be Back!

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

Assalamualaikum my sugar plumps readers!

I mish all of my readers so muchh..! aikk.. tak kenal tapi rindu?
Dalin sentiasa merindui kehadiran manusia dalam hidup Dalin.. giteww.. Kurang kasih sayang ke haper?
My semester break activities seems to be lost from my view.. hahahaha!
well.. as the election is coming.. so my political war is getting hot in efbee! haha..
Some of you might know, and some of you didnt know... before this blog exist as a personal blog.. it is a political blog! percayo cakap den? Cayo laahhh..

But then I gave up.. muakk.. bosan.. fitnah sana sini.. tunding salah sini.. tuduh sana sini.. hina maki caci sana sini.. baik dari pihak bulan, dacing, mata atau roket..

Ape yang ke laut nye ni? All of my activities lah!
My sub-sub activities..
Setakat cuti ni, apa yang Dalin buat..?

Start Atkins..
Cuci Goldy (this is my car, which Ive already promise to wash him during my semester brek)
Bought some chickens, meat, eggs and lots of veggies.. (cook? Not yet! haha)
Zumba-ing..

the rest? Semua ke lauttttt...

Allahuakhbar.. cantik kan... Indah nya ciptaan dari-Nya.. wish to go to this kind of place with my loved ones.. holding hands.. looking in the eyes.. awww... hahaha... oke-oke.. dah.. TAMAT!

so... bubye.. till then..

I'll Be Back!!
Assalamualaikum my sugar plump readers..

I'm very sorry from the bottom of my heart.. 
I know, there are certain people out there are Grammer Nazi (GN).. What is GN?
Found it from the internet: Someone who believes it's their duty to attempt to correct any grammar and/or spelling mistakes they observe

As you can see in my previous posts, I'm using mix language.. which is a combination of Bahasa Malaysia and English.. or a.k.a Bahasa Rojak... as you can see.. we live in Malaysia.. not all of us can use English well.. and our mother tongue is Bahasa Malaysia.. I can communicate well in English.. but as some of my readers are malays.. I prefer to use both.. that is why my posts are rojak style.. and I'm very sorry if it hurt your feelings to see this not-proper-way of writing a blog.. I'm not saying that Malay people cannot read in English.. it it just because I'm very comfortable to write in this way.. When I'm out there, when I use English, I would use 100%  English.. but.. it depends on the condition.. eh.. ada syarat puloks.. if in that condition i have to use full English, I will.. if im with someone that speaks half english half malay language, I'll do so.. and if they are using 100% malay language, I would also use Malay language.. Can you imagine this scene..

Mak Cik jual pisang goreng: Goreng Pisanggg.. Goreng pisang..! dua seringgit... dua seringgit..!
Me: eemmm.. excuse me.. this is banana fritters aite? two for one ringgit.. Oh MyGod.. why is it so expensive? its okey then, give me five ringgit..
Mak Cik Jual pisang goreng: oh mak ai.. ni pisang goreng dik.. bukan banana priters. buek apo den bagi lima ringgit kek ekau? takdo kojo ko?

eh tetiba mak cik ni speaking nogori pulok..

tak pun this scene..

Kawan speaking English 100%: Hello? Is that you Dalina? Oh My God.. It has been so long since I met you.. the last time I met you is around 2000? Oh My.. I miss yo so much my dear.. you're still fat? cant you just put off some weight? How is your life now?

Me: helo.. haa.. ni aku la.. aku habaq bek ja.. hang ni sapa? Laa.. Minah ka.. lain je aku tengok hang.. makin lawa.. aku pun rindu hang..aku lani buat part time blogger.. hang lani buat apa?

ok snap!


initially, I just want to put idioms.. haha.. lari tajukkan.. the introduction is too long!
Oke.. now.. Idioms for the day that starts with A..


A Bird In The Hand Is Worth Two In The Bush: 
Having something that is certain is much better than taking a risk for more, because chances are you might lose everything.

A Blessing In Disguise: 
Something good that isn't recognized at first.

A Chip On Your Shoulder: 
Being upset for something that happened in the past.

A Dime A Dozen: 
Anything that is common and easy to get.

A Doubting Thomas: 
A skeptic who needs physical or personal evidence in order to believe something.

A Drop in the Bucket: 
A very small part of something big or whole.

A Fool And His Money Are Easily Parted: 
It's easy for a foolish person to lose his/her money.

A House Divided Against Itself Cannot Stand: 
Everyone involved must unify and function together or it will not work out.

A Leopard Can't Change His Spots: 
You cannot change who you are.

A Penny Saved Is A Penny Earned: 
By not spending money, you are saving money (little by little).

A Picture Paints a Thousand Words: 
A visual presentation is far more descriptive than words.

A Piece of Cake: 
A task that can be accomplished very easily.

A Slap on the Wrist: 
A very mild punishment.

A Taste Of Your Own Medicine: 
When you are mistreated the same way you mistreat others.

A Toss-Up: 
A result that is still unclear and can go either way.

Actions Speak Louder Than Words: 
It's better to actually do something than just talk about it.

Add Fuel To The Fire: 
Whenever something is done to make a bad situation even worse than it is.

Against The Clock: 
Rushed and short on time.

All Bark And No Bite: 
When someone is threatening and/or aggressive but not willing to engage in a fight.

All Greek to me: 
Meaningless and incomprehensible like someone who cannot read, speak, or understand any of the Greek language would be.

All In The Same Boat: 
When everyone is facing the same challenges.

An Arm And A Leg: 
Very expensive. A large amount of money.

An Axe To Grind: 
To have a dispute with someone.

Apple of My Eye: 
Someone who is cherished above all others.

As High As A Kite: 
Anything that is high up in the sky.

At The Drop Of A Hat: 
Willing to do something immediately.

Oke.. that's for now.. bubye..

I'll be Back!!
Assalamualaikum my sugar plumps readers!

Dalin nak kongsi.. apakah itu Diet Atkins.. tanpa ubat diet.. tanpa slimming products.. tanpa SDII.. tanpa herbalife.. tanpa pembedahan.. exercise??? exercise untuk sihatkan badan.... jadikan badan fit dan membentukkan badan.. yang memainkan peranan utama untuk kurus adalah cara pemakanan..

Ini apa yang Dalin faham.. Diet Atkins adalah sejenis diet di mana ia mengunakan lemak sebagai bahan pembakaran badan kita.. bukankah selama ini memang begitu? Ya dan Tidak! Kenapa?

Kerana.. Apabila dalam badan terdapat lebihan jumlah karbohidrat, pembakaran itu lebih fokus pada  karbohidrat berbanding  lemak..

Oke.. Diet Akins ini ada 4 phasa..
Phasa 1: Induction
Phasa 2: Ongoing Weight Loss (OWL)
Phasa 3: Pre-Maintenance
Phasa 4: Lifetime Maintenance.


Phasa Pertama: Induction
Ha.. ini selalunya killer part.. Kenapa?
Tempohnya minimum 2 minggu.. maximum? Maximum pula bergantung kepada berapa berat lagi yang anda mahu untuk turun..
Contoh: Berat sekarang adalah 50kg, dan cuma nak turun kepada 45kg.
Tempoh 2 minggu tanpa kantoi InsyaAllah mampu merealisasikan impian anda.. Tetapi, kalau dari 100kg, nak ke 50kg, takkan dua minggu kan?

Untuk post kali ini, Dalin nak cerita phasa pertama dulu.. lagipun Dalin pun masih lagi di phasa pertama..
Dalam phasa Induction ini.. anda langsung tak boleh ambil;


1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, 
VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, 

roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, 

gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan 

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa,

 gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, 

bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, 

digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, 

goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, 

satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. 

Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..

semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..

kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi.

.kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal
,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan 

multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan 
daya ketahanan badan.
Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..
jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti

 diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. 
Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
sumber: Aku Nak Kurus

Kenapa sampai begitu? Supaya berlakunya process yang di namakan ketosis iaitu, menggunakan lemak sebagai bahan bakar badan untuk dijadikan tenaga.. untuk proses ini berlaku, ia memakan masa lebih kurang 3 hari.. maksudnya, 3 hari tanpa pengambilan karbohidrat, baru lah badan akan tukar kepada lemak sebagai bahan tenaga... Macam mana kita nak tahu ketosis itu berlaku dalam badan ye?

1) Beli Ketone Strips
Sorry lah blurr.. nampak tak kaler dia..? kaler ni adalah kaler ideal.. kalau yang kanan sekali ungu pekat tu, pembakaran lemak pada tahap maxima.. cuma.. kena minum air 3L lebih.. sebab makanan kita ambil mostly 0g carborhydrate... which is selalunya protein.. protein berlebihan akan menyebabkan cholestrol naik.. batu dan sebagainya.. JANGAN RISAU.. MINUM AIR BANYAK!! kalau minum air dah lebih 3L, tapi masih ungu pekat.. itu takde masalah.. pembakaran lemak dalam badan tahap maxima..

ada faham?

2) Kalau takde Ketone Strips, tak jadi masalah jugak..

i- Nafas berbau kuat
ii- Srong urine
iii- Tenaga bertambah
iv- selera makan kurang
v- white floaties in urine
vi- mulut kering
vii- air liur pekat
viii- jerawat naik

dan paling penting KURUS.. haha..

kerana secara tiba-tiba tiada karbohidrat, badan terkejut hilangnya sumber bahan tenaga.. jadi badan akan jadi lembik.. terketar-ketar.. jadi jangan risau "alaa.. nanti pengsan.. nanti badan ketaq.. tak biasa lah.. bla.. bla" itu hanyalah alasan.. belum cuba belum tahu.. dan cuba jatuh cinta!! haa.. gtieww..
Jadi, sila lah guna multivitamins.. tak kisah la jenis apa.. asalkan multivitamins untuk beri nutrisi seimbang 
pada badan.. ada paham?

Ni Dalin nak kongsi sekeping dua keping gambar dari Kelab Diet Atkins, mulanya tempat yang ajar Dalin dengan ilmu atkins ni..





Hok aloh.. kaum hawa je ke boleh buat diet Atkins..? tidak.. tidak... Nah tengokk..



Pok cik Afro ni namanya Fazrin.. dia adalah salah sorang sifu sayaa.. Blog dia yang pertama saya terterjah.. tak ingat kenapa.. tapi blog dia lah dalin pertama tahu pasal Diet Atkins.. kemudian dalam blog dia, dia syorkan pergi Kelab Diet Atkins.. ini blog dia, BICIKUT

Yakinkan diri untuk Atkins!

Nanti kan sambungannya tau.. :)

I'll Be Back!!

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html