Permulaan Diet Atkins (part II)

Assalamualaikum my sugar plumps readers!!

Sambungan dari SINI

Nak cerita pasal kantoi/cheat day dalam Diet Atkins..
Boleh kah?

Kalau sebulan sekali, buat hari penghargaan.. boleh lah.. tapi kalau tetiap minggu, amatlah rugi.. rugi besaq!

kenapa?

Tempoh badan buat ketosis iaitu penukaran bahan tenaga dari karbohidrat kepada lemak..adalah bersamaan  3 hari ke atas.. maksudnya buat induction selama 3 hari, barulah badan akan guna lemak sebagai bahan bakar yakni tenaga.. 3 hari tu minimum, bergantung pada badan seseorang tu.. kalau badan seseorang itu memerlukan 4-5 hari macam mana?

Contohnya dalam seminggu (bersamaan 7 hari)
Hari ketiga lalui proses induksi dengan jayanya, maka pada hari ketiga jugalah badan membuat proses ketosis.. hari keempat tak tahan menegok nasi goreng, maka lahap lah senafsu-nafsunyaaaaa.. maka terbatalah ketosis dalam badan.. maka hari 5 re-induction balik..hari ke tujuh barulah ketosis itu berlaku balik!
kalau tetiap minggu macam tu, sampai bebila lah tak kurus!

Disiplinkan diri tu sikit.. Nak kurus ke nak sakit!?
Kalau macam tu, sampai bila-bila lah gemukk.. biarlah.. itu badan anda.. bukan badan saya..
Nanti dah sampai berat badan ideal, makan lah makanan yang anda teringin tu.. bukan lama pun.. kalau berat 70kg, sebulan dah sampai 60kg.. dengan syarat.. buat elok-elok la ye.. taknak main-main..

sekian.. wassalam..

psssttt!! nak kantoi jangan ler balon pizza hut, mekdi, kepsi, dominos, air gas 2-3 botol.. tp eat healthy macam seafood dengan 1/2 nasi ke.. BBQ bersama sauce ke.. Sepotong kek dari Secret Resepi ke.. Bukan whole cake tau!! aipp.. babab kang!

I'll Be Back!

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

LATEST UPDATE DIET ATKINS (29/12/14) = http://lynacam.blogspot.com/2014/12/recipe-diet-atkins-fasa-1spicy-grilled.html

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

A new Love is growing

Contact Lens Murah!!