Menu (I) Induction Atkins


Assalamualaikum my sugar plump readers!!!

Oke.. Sekarang Dalin nak nyatakan jenis-jenis menu yang Dalin ambil sewaktu phasa induction..
Sape yang tak faham apa itu phasa induction.. boleh rujuk di SINI ye..

Contoh makanan seharian Dalin:

Pagi:
2-3 biji telur separuh masak/scramble/telur mata
1L air

Tengahari:
Egg Tuna Roll:

  • 1 biji telur
  • sediakan siap-siap slice chedder cheese (pastikan yang rendah carbs)
  • 1 sudu mayonnaise..
  • daun salad yang sudah dibersihkan
  • tuna (pastikan yang rendah carbs)
Cara-cara:
  • Dadarkan telur
  • Pindahkan ke atas pemukaan yang rata seperti pinggan atau cutting board
  • cepat-cepat letakkan kepingan keju sementara telur masih panas
  • letakkan 1-2 sudu besar tuna
  • letakkan daun salad
  • 1 sudu mayonnaise
  • dan akhir sekali, gulung kan dia.. kalau tak gulung takde lah nama Egg Tuna Roll kan..
  • Siap!!
dan 1 L air

Resepi asal dari Aniza Saidin
gambar dari pemilik resepi sendiri
Cilok gambar orang lain.. kenapa? Persembahan dishes dia cantik-cantik.. tak macam Dalin punya.. mcm tak selera je nak makan, tapi sekali dah makan pasti nak lagi! hahaha..

Malam:
Egg Drop Soup.

  • Stok ayam 1 cawan
  • 1 biji telur
  • setengah lobak merah di potong bulat (hati-hati, lobak merah punyai bilangan carbs yang agak tinggi)
  • bawang merah 1/2 biji
  • bawang putih 2-3 ulas
  • 1 inci halia
  • lada sulah ditumbuk kasar/halus
  • daun soup
  • sedikit garam
  • fish oil/sesame oil
  • air satu mangkuk
cara-cara
  • Tumbukkan bawang merah + bawang putih + halia hingga lumat
  • Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga bawang putih sedikit garing
  • masukkan stok ayam 
  • masukkan air
  • masukkan lobak kerana lobak lambat lembut(masa ini, pelahankan api)
  • masukkan lada sulah
  • masukkan garam secukup rasa
  • masukkan 1 sudu besar fish oil/sesame oil atau ikut selera kerana jika terlebih rasanya muak
untuk telur kelihatan bertali dalam soup, ikuti langkah ini dengan betul..
  • Pecahkan telur dalam satu mangkuk kecil, dan kacaunya hingga sebati putih dan kuningnya.
  • Perhatikan soup tadi, jika ia hampir mendidih (bukan mendidih!), gunakan sebatang chopstick untuk pusarkan soup tersebut.. pastikan satu arah sahaja..
  • Sewaktu soup di putarkan, masukkan telur pelahan-pelahan..
  • Biarkan untuk satu minit, kemudian tutupkan api
taburkan daun soup dan jangan lupa 1L air..

Kerana daku ni makan tak hengat dunia lupa nak snap gambar.. *lapaq sangaatt* Maka tiadalah gambar untuk tatapan pembaca.. tapi boleh rujuk SINI kalau nak tahu apa menu yang sesuai untuk induction.. Minta join Group, comfirm Admin akan approve.. lepas tu cuci lah mata tengok menu induction ye!

jangan lupa untuk bersenam dan air yang banyak, minimum 3L, lebih banyak lebih bagus!

Apa Yang Anda Boleh Makan.. ^___^

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.



Bubye, and I'll Be Back!

POST BARU WEEYYHHH.. SINI (13 FEB 2014)

POST BARU LAGIIII... SINI (21 FEB 2014)

Comments

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

A new Love is growing

Contact Lens Murah!!