Followers

Fuh!! Hari ni sangat letih loh..
Mengecat chalet seketoi didusun buah..
Dari awal pagi..
Balik pulak waktu maghrib..
pergghh.. badan hangit.. peluh meleleh..
sekali bau badan sendiri macam longkang tengik..!
Kalau longkang tu boleh bercakap.. sah dia ingat Dalin geng dia.. ~..~

Kerana balik lewat sesasesasesangaaat..
Maka lepas buat apa yang patut, terus tidurrr..
(yeep.. ni baru bangun.. teeheee ^_______^ )

Okeyh! lari isi kandungan dengan tajuknyer..
Pagi tadi ni haaa.. pukul 2 tak boleh tidur..
apasat????
tekak teringin Pizza.. muahahahaahaah!!
Apa lagi.. Memasak larhh..

Meh Nak Kongsi Recipe~~~
(recipe bersama gambar, outcome je gambar ori.. lain-lain hasil carian GOOGLE)
Psst!! Ramai puji sedap.. Moh kite try..


Pengalaman Dalin buat Pizza ni.. Crust/base dia sedap...  lembut.. and yet ada bunyik "krup krap kraapp" bila makan.. cayalah..!

Okeyh.. Bahan untuk Dough.. Kalau boleh uli guna tangan..
mudah kita nak tahu bila dough tu cukup air.. or tepung and so on..
*panjang berjelanya tulis!! Recipe tak muncul seketoi pun!*

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sk yis segera
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk gula
  • 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli (air selalunya bergantung kepada texture dough, ada kurang ada lebih)
1) Campur bahan2 dia atas ni kecuali air..dalam mangkuk besar ke besen ke.. ikut suka lah..  masukkan air pelahan-lahan.. uli dough tu sampai dough tu dah tak stick kt tangan dan dinding mangkuk tadi tu... aa.. di sinilah perlu tengok.. kalau meleket lagi, masukkan air.. kalau terlebih sikit air sampai lembik.. masukkan sedikit tepung..

macam ni lah yang dikatakan melekat pada tangan 
Walaupun Dalin guna bekas ni, tapi tu bukan tangan Dalin.. Dalin pure Melayu.. wakakakka..
~Thanks google~


Tak melekat dan sempurna jadi macam ni..

2) Bila dah dapat texture seperti gambar di atas.. masukkan dalam bekas yang disapu dengan sedikit minyak or butter.. dan cover dengan plastic cling tu for about 1 hour.. 


kenapa kena tunggu 1 jam? untuk dapat hasil giniii..
Dua kali ganda naik..
lepas tu ulikan dough ni.. setebal 2cm..

dan masukkan ke dalam/atas Pizza Pan.. 



3) Jangan risau kalau dough ni tak muat semua pan tu.. sebab kita kena biarkan lagi dalam 10 minit..
bagi dough tu kembang lagi.. bila dah kembang, kita tolak dough ke ruang-ruang yang ada kosong macam gambar di atas.. 

4) Kemudia kita cocok atas dough tu dengan garfu utk pengudaraan semasa nak bakar pizza tu..

Sementara tu, kita buat sauce pizza pulak!

  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 sk gula 
  • 1/4 sk garam
  • 1 sk oregano (nak masukkan basil, italian spice, black pepper and so on pun boleh)
(Dalam kes Dalin.. I dont have tomato puri.. and YES!! *bukan Year End Sale taw* I only used tomato ketchup.. tapi serious sedap..!

1) tumiskan bawang putih dan bawang merah.. bila  bawang merah mula nampak layu-layu, masukkan bahan-bahan lain.. hingga sauce pizza hampir kering.. tutup api.. dan letakkan atas pizza base/crust anda tadi tu..

For topping. (Topping ni ikut suka jee.. Dalin bagi cadangan sket ye kalau takde clue nak letak apa)
 
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju parut. boleh guna chedder cheese .. mozzarela and so on..
Nak hasil yang superb, better guna mozarella lah.. tapi Dalin guna chedder cheese dan parut atas pizza.


 Kemudian bakar dalam oven.. suhu 180 darjah dalam 20-30 minit..


Good Luck~!!





Ni gambar bukan google punyer~




Tengah tepi atas bawah seronok berjimba jimbo blogwalking...
tersingahlah ai kat satu blog chomeys ini..
banyak oo info si gadis manis ini tempek dengan gam dalam blog beliau..
bila baca tu tersengih-sengih kerang busuk je.. 
sampai nampak gigi-gigi kuning tak basuh tu..
tapi salah satu entry yang betul-betul buat ai tersengih bukak mulut 5cm diameter
adalah pasal entry dibawah in.

1. LELAKI BERBAJU MELAYU

lelaki akan nampak sgttt suwet bile die berpakaian baju melayu ye..bersongkok, bersamping..baju takde kedut satu pon..pstu kale sesuai..fehh..mantap..haha..dan sbg org johor, aku lebeh prefer lelaki bersongkok tinggi..so, laki2 kat lua sne, da paham?hehe..tp jgn la pulak tiap mase nak pkai bju melayu, nti org cakap tak betul pulak :)

mamat ni pakai ape pon comey..ahaha :p
Komen Dalin: yes! mencairkan sanubari ku.. lebih2 lagi kalau baju melayu kaler hitam..
setiap kali hari jemahat.. tidak lupa untuk jeling2 di masjid.. oops!
2. LELAKI PEMAIN GITAR

waw..sgt romantis bile seorang lelaki berkemampuan memetik tali sebuah gitar sehingga alunan bunyinya menjadi sebuah lagu..lebeh cantik menarik tertarik kau mmg da bomb bile lagu tu dicipta sendiri..takpon, memainkan sebuah lagu cinta yang tangkap leleh pnya..pastu dinyanyikan pulak pada si dia yang tercinta..feh, kalau aku la, mst aku rse terbang diawang2an tak jejak bumi kalau berpeluang menikmati saat tu..haha :p

komen Dalin: sangat tepat! duk terbayang Dalin dengan si Dia dok tepi pantai.. lepas tu dia mainkan lagu.. aww~! romantik kan? kan?
(tapi harap mahap, Justin Bibir bukan taste ku.. hahaha!)
3. LELAKI BER 'DSLR'

ni pon agak menarik perhatian perempuan key..tipu la klo pemegang2 dslr ni tak menarik perhatian org kan..yela, hnya golongan bkemampuan je yg bole memilikinya..sbb bnde ni rseny tok suke2 je..lain la mmg kerjaya seorang photographer..ok, bile tgk diorg ni, rse cm bergaya sgt ok..lagi2 klo cara diorg tangkap gamba tu ade style..mak aih..*pengsan jap..haha..tp bg aku, aku suke yg sdrhana je..tak mnunjuk2..mksudny, takla tiap kali kua, mst usung bnd alah tu..lagi menjengkelkn bile kat shoping complex yang tgh2 ramai org tu pn dok mgada2 nak amek gmbar..geli je..haha..tp kalo pg tmpt yg cntik2, its okla..aku sdri pon suke sgt tgok gambar yg cntik2 :)

Komen Dalin: wow.. ini semestinya betul.. tapi Dalin bila try nak ngurat abang2 camera ni, semua tak dapat~! Huhuhhh.. :'(
kirenye betul lah kan lelaki potogaper ni ENCOM di mata wanita? ehem2..
4. LELAKI BERKERETA MANTAP

sape perempuan tak suke laki berkereta kan?istilah mantap tu mmg tak bole bla, tp tak tau nk bg istilah ap..hehe..mantap tu bkn mksudnya yang mewah2 je..tp kereta tu pndai la dijaga..lagi bes klo disolek..tapi jgn la over..smpi tanduk2, sirip2 sume letak kat kete..tak pon, tak yah la bunyi die smpi macam bunyi motobot..haha..ups, sori2..haha..cukup la kete tu bersih, kilat..assesori kat tayar tu mntp,sbb tu asesori terbesar yg buat kete tu cntik..bg aku la kot..pastu laki tu bwk smbil pkai spek itam..feh, mmg ranggi..

VRRRROMMM!!! Komen Dalin: Yeah.. sebab senang nak dating.. tak perlu tunggang motor.. kang pakai baju kurung, terangkat kain sampai betis.. terus mak mertua rijek.. ye dak? bukan salah saya makcik... anak mak cik niih! >.<
5. LELAKI BERPAKAIAN ALA OPIS

ni bese la, student ke keje kat opis ke..mmg salu la pkai..sbb nampak kemas la kbyakan tmpt menjadikan ia sbg pakaian rasmi..mmg da dididik sejak zaman belajar lagi kan..pndai pilih kale kemeja,tie, sua, belt, kasut..sume beriron..sgt kemas la jwbny..tambah klo sesuai pd majlis, pkai blazer..mmg lelaki nampak sgt bergaya :)

Komen Dalin: tengok gambar di atas ni, kacak bukan?? ngeee...
dah dalin ni mata gatal.. semua nampak kacak! haha..!


Ada lagi yang Dalin sangat suka.. Lelaki pakai kain pelikat!!
aww.. terasa kemelayuan dan ke'ketua'an lelaki itu...

percaya atau tidak.. Dalin pernah jatuh cinta pada budak lelaki Cina di kolej dulu.. gara-gara dia pakai baju melayu awww... (dasar perempuan mata gatal! :D )

*Ayahanda ku ada semua pakej di atas.. lengkap!! tp DSLR time sebelum kawin.. bujang katakan time tu..  hiks!*

P/S: Amaran: entry ini hanya kopi en pes dari blog http://millivanilo.blogspot.com/
Thank you lalink membenarkan ai kopi~! Nanti ai hadiahkan tedi bear.. dalam mimpi yer? huhuhuh.. ^___^"
Assalamualaikum..

Hari ini bersamaan 25 July adalah besday kakak kepada Dalin..yang ke..er.. dia tak bagi gtaw.. katenyer dah tua sgt.. >.<"

Dalin nak kongi recipe di sini ye..
Kalau nak buat ni, kena lebih kurang semalaman.. fuhh!
hari yang pertama tu.. kena buat Ganache.. ini selalunya chocolate yang buat penutup cakes or cupcakes..
or click sini kalau nak tahu Ganache tu macam mana..

ok.. Bahan nak buat Ganache adalah..


  • 120g dark cooking chocolate (coklat masakan)
  • 100g UHT whipping cream (atau boleh je guna fresh cream. Saya guna fresh cream je) 
1)Whipping cream ni, kita panaskan atas api dulu..
  Sementara nak tunggu whipping cream kita mendidih,
potong dark chocolate tu kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk/bekas. 
(mangkuk/bekas tu biar besar sikt, sebab nak masukkan whipping cream.. takut melimpah..)

2)Bila whipping cream tu dah mendidih, tutup api.. dah masukkan dalam mangkuk/bekas berisi chocolate tu..
tunggu dalam  2-3 minit supaya chocolate tu cair..

3)Kacau chocolate+cream tu dengan senduk sampai sebati.. kena continuously kacau...
mulanya dia akan jadi gini..
 4)Semakin kacau, dia akan agak likat.. tapi tak pekat sepenuhnya.. macam gambar di bawah..
    Lepas tu, kita biarkan ia sejuk dalam suhu bilik selama 1-3 Jam. (Dalin buat 2 jam je). Lepas tu, tutup mangkuk/bekas dengan plastik wrapping tu.. dan masukkan dalam peti ais selama semalaman.

5) Bila dah ready nak guna, use spatula or anything utk kacau Ganache ni.. Dia akan tukar kaler from dark Chocolate ke light chocolate.. (Better use mixer, lenguh ooo!). Macam mana nak tahu Ganache ni ready bila chocolate tu melekat pada spoon,spatula or mixer tu dan tak meleleh jatuh. Macam gambar di bawah ni.

6) and now, you're ready to make put in on the top of your cakes or cupcakes~!!

Macam Mana nak buat cupcakes pula?
Tapi cupcakes dalin ni bukan moist.. just span punyer... so, ini lah recipe nyerr..


  • 150 gram butter
  • 150 gram gula castor
  • 175 gram tpg serbaguna
  • 3 biji telor
  • 1 sudu besar vanilla esen
  • *2 sudu besar koko jika mahu perasa coklat 
1)Panaskan Oven dalam 180 degrees..
2) pukul butter dengan gula, sampai kembang..
3)masukkan telur satu per satu..
4)masukkan bahan2 lain tu... kacau hingga sebati..
5)masukkan dalam cawan2 comels anda iteww..
(kalau guna size biasa tu, boleh dpt 12 ketoi, tp dalin nyer size besar sikit, dapatlah semilan ketoi)
6) Bakarkan cupcakes anda dalam 15-20 minit atau hingga masak.

Fresh from the Oven~!
 Bila nak letakkan Ganache tu, pastikan cupcakes tu betul-betul sejuk, kalau tak dia akan cair atas cupcakes.
Dah bubuh Ganache (masukkan dalam peti ais)
Lepas tu icing dier.. ni yang best! macam kaler boleh buat.. hikhik.. dan ai pilih PINK~!












Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )

  • 250gm butter
  • 150gm shortening
  • 250gm icing sugar (diayak dulu)
  • 2 sudu besar susu segar
  • Pewarna ikut suka 
1) Pukulkan semua bahan kecuali susu dan pewarna dalam mixer.

2) pukul hingga sebati hingga kembang dan menjadi debu gebu.
(kalau rasa texture dia dah creamy, tak perlu masukkan susu, kalau texture keras sikit, baru masukkan susu)

3)Bila dah gebu debu lembu, bahagikan kepada beberapa bahagian utk nak masukkan pewarna.
(Dalin diberi tahu, ini adalah amaran keras, jgn masukkan pewarna cecair, guna yg gel.. tapi dalin takde!!!, so Dalin ambil pewarna cecair ni, dalam satu-dua titik jee! campurkan dengan 1/4 cawan icing ni, kacau2.. lepas tu masukan 1/4 cawan icing bercampur pewarna ni ke dalam tempat asalnye semula dan kacau sebati.

4) bila dah puas hati, masukkan icing ni kedalam piping bag, dan hias ikut suka suki anda~!



Good Luck~!!!!!
Mahap le.. Lama benor tak hapdet yerk..
Cari USB nak connect dari Phone ke Lappy ni tak jumpa..
Pilus Hati taw.. Saje je USB cable ni! Grr..

Jarang sekali Dalin tunjuk Incik Teman kan?
Perlukah? -.-"

Entry ini memang nak tunjuk pasal Lelaki Kesayangan Dalin..
Kalau ada masalah.. dia akan dengar.. 
dan kalau boleh ada jalan, dia akan selesaikan..
ada masalah duit, memang dia akan bagi there and there jugak!
Make up habis.. Ngadu je terus dapat..*walaupun nampak muka cam pasrah je*
Kalau time nangis tak puas hati, terus peluk dia!
Nangis kt bahu.. uhuk..uhuk.. walaupun depan orang ramai..
Last time nangis waktu gi Thailand awal tahun ni..
 Kes tak puas hati la.. bergaduh dengan orang lain. >.<"

So, baru-baru ni keluar gi Mall.. ala.. Jitra Mall je...
Makan lunch sesama.. sweet kan?

Left: Mocha Shake belongs to him.. Right: Choc Shake (mine)

Seddaaaapp... Slurrpps!!

Sweet... and Delicious! :-p

Waiter dah datang.. menunggu Dalin habis snap gambar.. marah beliau!

Nasi and Ayam Phat Phet.. memang sedap..
Simple.. yet delicious! itu yang pentingkan?

Nak tengok siapa dia lelaki kesayangan tu? Scroll ke bawah!
 ..
..
....
..
...
....
....
...
...
...
...
...
...
Lelaki kesayanganku a.k.a AYAH!!!
 Dalin pun bagitahu ayah nak masukkan dalam blog..
Ayah suruh ambil gambar lain, sebab tadi tu tak hensem.. tak ready katanya..
Versi hensem macam mana pulak?
..
..
..
...
..
..
...
..
..
....
...
..
..
Lebiu Ayah! ~yes! ayah suruh tangkap gambar ini utk masuk dalam blog~
 ~layankan aje~

One day tunjuklah dekat ayah dengan bangga nya Header blog ni.. Iye lah.. sebab gambar ayah pun ada terselit.. tahu apa komen ayah?

"Laa.. Masukkan gambar dalam blog ke? Patut la setiap kali ayah keluar.. Semua orang angkat tangan kat ayah.. rupanya ayah dah famous!"  ~.~"


P/s: Lelaki Kesayangan ini bukan insan yang sama dengan Incik Teman.. >.<
 
If korang ada insan yang paling korang sayang..
tapi mencalarkan hati korang?
kenal bertahun lamanya..
bukan setakat tu.. mencalar kan hati mak bapak korang?
yang buatkan korang nangis siang dan malam?
yang membuatkan mak bapak korang susah hati?
yang membuatkan insan2 yang kita sayang Marah?

Saat ini..
Detik ini..
Hanya ada perasaan marah..
hampa..
Namun marah itu bertukar geram..
Dan akhirnya membuatkan hati jadi sebu..
hingga menimbulkan titisan air di tubir mata..

adakah ini marah mahupun sedih?


*maaf entry emo.. penulis sedang marah dan sedih*


Saya budak Baru belajar..
walaupun dah tanya pak cik yakni Pakcik Google.. tak dapat jugak nak slove..
putus asa.. isk..



tak reti buh iklan nuffnang weyhh.. 
hampa rasa..
godek sana.. godek sini..

last-last fedup..

ok.. Biarkan berlalu..

ada sapa sudi tolong masukkan dalam blog ni?






 Okey.. Sesiapa yang nak join contest ni.. Moh Kite Click Banner di atas.. takmo click pun takpe hah..
Ni pun ado...

 Korang letak gambu korang yang menawan tertawan itew..
dengan syarat gambu korang yang berkaca mata.. ah! Curlass gitu kan?


 Gambu yang Dalin nak selitkan adalahh....


jeng.. jeng.. jeng..

Ni dikira pakai Kaca Mata kan? Pakai atas kepala.. Kira pakai la jugaaakkk... >.<

Gambar ni waktu gi Nakorn Sitamarat..

ce korang gi Nakorn Sitamarat.. cantik.. pantai dier mmg cantik...! ada dolphine.. pastuh.. kalau bertuah..
dapat jumpa dolphine kaler PINK!!

Tapi Dalin bukan orang bertuah kut.. tak jumpa pun.. hukhuk..

saya nak tag 3 orang GOJES! 
semestinya kaum perempuan kerana kaum ini memang dilahirkan chanteks..! hahaha..
*kaum lelaki, jangan marah naa.. tapi, kalau lelaki chanteks..? err..?*

Maka dengan hinii.. Darling nak Tag... 


seyesly mereka bertiga ni Insan-Insan yang Gojes..! tak caya? jom gi tenggokkkk...

sampai 31Julai 2011 yerkk...
Jeng.. Jeng.. Jeng...!!
(sila buat2 terkejut.. kalau boleh, melatah "Opocot Mak Kau comel macam aku!!")

Bukan apa.. Dalin sekarang ni tengah teman Abang Dalin (bukan abang ehem2)
Main PS2 dia..

bukan tak biasa dia main sorang-sorang.. Saja dia mengada-ngada and manja nak main game HAND TOO~

Dalin takut? Langsung tak takut uols! >.<
Sebab tak takut tu la update blog.. blogwalking.. bloghopping.. huhu..
Tabahkan Dalin? (terharu..)


Bila mood mengada-ngada abang Dalin dah datang.. dia datang himpit.. terus jerit..
"FUYYOOO!! TAKUTT!! LALINKK..LALINKKK..LALALA LALINKKK!"

annoying ok..


jom layan gambar hand too dari Game Fatal Frame II:
(Nota: gambar akan diletak di bawaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh entry ni, sesiapa yang takut boleh exit sesiap)



































































HANTU PIPI!!

Have you ever heard of MATTA fair?
well.. For those who are from Perlis.. Kedah.. Penang.. Perak..
come and join MATTA fair PENANG!! 
from 22th-24th of July 2011


Why it is so important?

well.. have you ever heard of THE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT??
well.. HELLOOOOO...?? are you from the 60's? uhuhuhhh...

I've been to Bkt Merah Laketown resort before.. and it was a fantastic holiday for me and my my family!! with the orang utans.. waterpark.. ecopark.. It was sure  fun and I'll bet you'll loveeeeee it so much!! 


for more infos,

Bukit Merah Resort(PGSO)
1st Floor, BDC Building,
43 Rangoon Road
10400 Penang, Malaysia
M: +6012 4059140
T: 04-2279003
F: 04-2279019
W: www.bukitmerahresort.com.my
Akhirnya!!!
kini pasti
Ku merasai cinta nan suci...
la..la..la..la..
mau menjerit gini kalau Dalin karoke lagu ahkak Anita Sarawak
awwwww..!!
hoho.. tetiba Dalin rasa syiokk pula.. tahu kenapa?
sebabnyee.. 


jeng jeng jeng jeng jengggg...

Baru dalin perah santan perasan..
ada dua bloggers yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat bangat langat Dalin suker..
menjenguk belog inii... huhuhhh.. rasa nak nangis terharu youh!!


besst ouh belog derang.. mari kita perkenalkan yang pertama..!

Anak Dara Comel ini.. kukuku.. dia dah Mak kepada dua nak masuk tiga..! (congrats!!!!!)
seyesly lawoo... walaupun hati tisu.. <--- ai selalu guna ayat ni dari momma hawt!!
Kisah dia besh sbb korbankan diri (bukan bunuh diri ye..!)
demi family ahkak ni.. dari bekerja.. duduk di bando.. pindah ke Ganu. duduk di kampung..
tapi ahkak ni terror.. buat bisnes sama.. 

Yang best sebab momma ni suka PINK..
Suka buat lawak..
Suka make-up..
gilo-gilo sket..
suka citer pasal family dier..
dann.....

...
...
...
..
.
Suka guna ayat 'non' 
Tak caya Moh kite Kelik kat Banner bawoh ni!
ley kira non beliau itew.. hahaha.. 




Blogger kedua ni.. baru betul anak dara comeys!! hehehe.. 
Dalin tgk muka dia ada iras-iras Anne Ngasri lah..
Dia ni suka tometo.. isk! tak faham le.. naper ejaan TOMATO, tapi sebut tometo.. hiks!
rasanya ahkak ni mmg ada tomato di rumah serta henbeg beliau.. tidak lupa juga ladang tomato..
eh! tahukan korang, tomato sangat bagus untuk kulit kita??
amalkan dengan makan tomato..
atau kopek saya orang kedah lahhh! Kulit nipis nya itu, dah lenyek2 isi basah tomato di kulit anda.. 
memang superb!
and ahkak ni kalau pakai shawl mmg sgt lawoo..

ade lagi lah! Abah kepada blogger ini baru kena operet..
Alhamdulillah semuanya selamat.. Moga cepat re-cover balik from the operation tu..
sama-sama kita doakan..

Jom jengah Kak Tomato nihh!!




DEMONSTRASI

from Tun Dr Mahathir's Blog.. Sila nilaikan sebelum membuat tindakan bodoh tersebut..

1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.
Selepas balik dari dusun untuk kutip-kutip buah..
terus balik changloon..
kemudian.. ke pasar..
musim buah kan udeh mari..
jadi.. ramai lah yang akan datang..
dan ofcorse anak dara ini akan memasak bersama ibu nya.. saya memang anak yg soleh kan?



Plan nak mak nak masak: kari ikan masin.. daging rempah.. Sayur-sayur.. Sambal tumis..
anaknya sikit je, nak masak: labu masak lemak.. ikan/ayam Masak kicap.. Butterprawn.. Mee/kuetiow kungfu.. ayam phatphet.. puding roti.. 


bertapa eksaited nye diriku.. baru tadi kopek (maaf, sy org kedah mmg suka guna kopek=kupas)
bawang merah yg sekali kopek memang menitiskan susu air mata..
pastuh buat bawang goreng! peehhh... hahaha..
 
oh! lari dari tajuk.. petang tadi.. waktu ke pasar.. daging dah beli.. sambil tunggu pak cik daging tu potong daging kecil-kecil, pi beli lain-lain dulu.. dapat ayam.. lepas tu nak tengok apa lagi yang nak beli.. tetiba..



tiba-tiba...





dup dap dup dapt dup dap...





OUCH!!!!!!

diri ku di sengat tebuaaaannn... terus menjerit, "sakit gila baby!"

ye.. saya sebut baby.. bukan babi ye.. sopan sikit.. hahaha!
menitis air mata ku.. dah le celah kangkang kena sengat.. di paha kiri... hamooiii..
sah tebuan jantan!! lepas tu cepat2 nak patah balik ke kereta nak gi klinik..


mak ai terus amik daging tadi, heboh kt pak cik-pak cik , "saya nak cepat! anak yang cun lagi comel
itew kena sengat dek tebuan! tu la.. anak saya comel sangat!" 
Maka pakcik tersebut amik tembakau.. jampi amenda tah.. dan terus bagi kt mak ai.. mak ai pun terus lari lari kuda ku gagah berlari ke kereta.. dan ... er... terus kena bukak seluar!! erkk.. sebab nak calit tembakau tu kat tempat kena sengat.. huhuhhhh... bas or lori lalu mmg kaver-kaver je lah...


tapi alhamdulillah.. tak sakit.. seriously.. katanya tembakau dapat serapkan bisa sengatan.. lau tak, memang dah terlolong sakit.. tapi.. ni boleh gelak lagi.. kekekekkee.. hebat.. esok nak jumpa pak cik tu lah.. suh masuk minang.. eh! nak bayar pengeras.. hihihi.. macih pakcik tade gigi tu.. kut le pak cik tu terbaca blog ni kan.. mana tahu..


wokeyy.. tu je.. papaiiii...


thank you for reading~!