Menderma di bulan Ramadhan~

Assalamualaikum my sugar plump readers~!


Di bulan yang mulia ini..

ada yang dah beli barang utk Syawal?
dah siap prepare baju raya?
sedondon dgn cik abang/adik ke?
hehehe.. Bagus lah kalau da siap..
setelah sebulan berpuasa.. ye dak?

Dalin nak ajak all of my readers baca sikit info ni..

Mengumpul Baju Melayu/Kurung Baru untuk Anak-Anak Yatim sempena Ramadhan/Syawal 1432
Pada tahun 2010 Team ini digerakan oleh sekumpulan rakan-rakan di laman sosial facebook bagi tujuan mengumpul baju Melayu/Kurung Baru untuk diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim menjelang Aidilfitri.

Pada tahun lepas kami berjaya mengumpul hampir 3,000 pasang baju baru dan berjaya mengagihkan kepada lebih 30 rumah anak yatim sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Bagi tahun ini (2011) kami sekali lagi merancang untuk tujuan yang sama bagi mengumpul baju-baju Melayu dan Kurung baru untuk diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim dan golongan yang memerlukannya. Kami juga bercadang untuk memperluaskan lagi agihan demi memberi peluang yang sama kepada anak-anak yatim dibanyak lagi rumah-rumah perlindungan di negara ini.
Panduan saiz baju
Kebanyakan anak-anak yang menghuni rumah-rumah anak yatim berumur antara 12 hingga 18 tahun dan panduan saiz juga boleh dibeli berdasarkan umur mereka.

Baju yang hendak dihantar hendaklah dibungkus mengikut set pasangan masing-masing. Setiap satu set baju Melayu hanya mengandungi sehelai baju dan seluar termasuk kutang baju melayu. Tidak perlu songkok dan sampin.

Bagi Baju Kurung juga begitu dan tidak perlu tudung atau koset.

Setiap satu set satu bungkusan dan hendaklah ditulis di sampul luar saiz bagi baju melayu/kurung atau anggaran umur si pemakai. Ini bagi membolehkan Urusetia mengenalpasti semasa hendak membuat pengagihan nanti.

Urusetia juga tidak sama sekali menerima WANG TUNAI, ini bagi mengelak salah faham dan bukan tujuan asal program ini. 

tidak meminta wang beribu jutaan ringgit pun.. cukuplah sekadar Baju Raya baru buat mereka~

Hantar ke alamat:
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Ahmad bin Sa'abun
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan
Tel: 016-2151192
 
segala makluma lanjut, KELIK HERE
 ada baju lebih tak? jom sama-sama membantu anak-anak Yatim..
sehelai baju buat menyapu air mata mereka..

~Mereka tak pinta pun lahir tanpa ibu tanpa bapa.. tanpa kasih sayang org tua mereka~
comelkan mereka?
 

Comments

Ku Azhar said…
sama2 kita menderma :D hehee
jemput dtg sahur kt blog ku ...hehehe
Nur Dalin said…
@Ku Azhar : okey.. ada KFC tak? nak sahur KFC boleh?

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

A new Love is growing

Contact Lens Murah!!