Anda bagaimana: Wanita dan Bantal~

Assalamualaikum my sugar plump readers~!!

Kenyang sahur tadi..?
patut ada lagi bau kari.. sambal tumis pun ada??
gi gosok gigi.. nanti opismate kata korang tak puasa..
tak pasal dapat dosa kering pitnah-pitnah ye dak..?

Berkaitan dengan tajuk Entry ni..
Dalin cilok time blogwalking...
singgah di BloG *CoRat CoReT CiK NoRa*
sebab musabab nya..
Opkos ada kaitan dengan Dalin..

Moh tengok ye~

Wanita yang suka memeluk bantal.
Wanita begini disifatkan sebagai seorang yang berjiwa seni. Mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang romantik, penyayang, mahu dikasihi dan halus jiwanya. Oleh sebab itu, wanita begini mudah didekati dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang langsing.

Wanita yang suka tidur dengan banyak bantal.
Wanita macam ni biasanya mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Mereka tak boleh hidup tanpa kehadiran rakan-rakan disekeliling. Sikap sukar berdikari ini kadang-kadang merimaskan lelaki.

Wanita yang gemar meletakkan bantal di kaki.
Wanita begini dikaitkan dengan wanita yang tidak suka berusaha dan tidak suka bergaul. Mereka suka hidup sendirian dan tidak suka membantu kawan yang dalam kesusahan. Disebabkan itulah mereka ni biasanya egoistik.

Wanita yang suka tidur dengan satu bantal.
Wanita begini biasanya bijak dalam membuat keputusan. Tindakan mereka selalunya dipengaruhi rasional dan bukan mengikut hawa nafsu.

Wanita yang gemar tidur tidak berbantal.
Wanita sebegini mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi sampaikan kadangkala membawa sifat ego. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi terlebih yakin dan memandang rendah akan orang lain.

~sebelah tu bantal busuk~
Gambar 2008
bantal ni masih wujud!
~sarung je lain, bau masih sama!~

yang di BESARkan ayat itu lah Dalin..

>.<
 
babai~

Comments

tomatokering said…
dalinn ! 123 teww semua tomato .. cane ?? ekekeke ;p

tpi lg suka peluk bear . lalalala ;p
Nur Dalin said…
@Tomatokering : asalkan boleh tido sudahh.. heheheh.. ^_^
Tea Dno said…
haha. tea punya yang 1st dgn 4th. :D
Unknown said…
wah bagus nye info ni...umi pun no.1..kihkihkih, nanti nak share lah bleh? (^_^)
Nur Dalin said…
@Tea Dno : wahh.. ada dua pwatakkan ni.. hehehe...
Nur Dalin said…
@Sweet Umi: silakan.. ^^, Dalin pon ambil dari orang lain.. heheh..
PinKy MoMMa said…
sis yg 1st skali tu huhu...almaklum ati tisu hakhakhak
Nur Dalin said…
@pinKy MoMMa: hiks.. sama la kita sis~ hehe..
Hafizin Jamil said…
hebat betul wanita tido tak berbantal tu
Nur Dalin said…
H.J : taw takpe.. lenguh tengkuk ouhh kalau tak berbantal.. huhu..
Unknown said…
saya suka tidur peluk bantal :D
Nur Dalin said…
@EYFAalias: hehe... rasanya semua perempuan mcm tu kan?

Popular posts from this blog

Tolong Follow mereka ini rakan-rakan Bloggers!!

A new Love is growing

Contact Lens Murah!!